Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
214) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri bagi menjamin para pelabur yang telah bertapak di Negeri Selangor ini kekal dan menambah pelaburan mereka?
Kerajaan Negeri sentiasa menyantuni pelabur – pelabur yang sedia ada bertapak di Negeri Selangor dalam usaha menggalakkan aktiviti penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada. Antara usaha yang dilaksanakan antaranya seperti;-
- Mengadakan program lawatan kilang dari masa ke semasa bagi mengeratkan hubungan disamping mengenalpasti permasalahan – permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak syarikat menangani serta merangka tindakan penyelesaian yang sewajarnya agar operasi syarikat berjalan lancar.
- Melaksanakan Mesyuarat Industrial Park Management Committee (IPMC) di setiap Pihak Berkuasa Tempatan bagi membantu menyelesaikan isu – isu yang berbangkit dan memastikan kemudahan infra serta penyelenggaraan kawasan industri dalam keadaan yang memuaskan.
- Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi memantau dan membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh pelabur agar cadangan projek pelaburan atau penambahan pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memperkenalkan inisiatif Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur sama ada pelabur baru atau pelabur sedia ada.
- Melaksanakan inisiatif kajian pengekelasan kawasan – kawasan industri sedia ada bagi mengenalpasti keperluan infra yang perlu dinaik taraf dalam usaha menyediakan kawasan – kawasan industri yang kondusif untuk para pelabur beroperasi.