Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
211) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan bagi Dana Bantuan Guaman Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat, kadar pemberian bantuan Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) yang bermula pada September 2022 adalah sebanyak RM1,500.00 dan kemudiannya telah dinaikkan kepada RM3,000.00 bermula Julai 2023. Jumlah peruntukan yang telah digunakan dari September 2022 sehingga Disember 2024 untuk bayaran kepada perkhidmatan peguam bagi Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) adalah berjumlah RM145,500.00. Seperti berikut:
TAHUN BILANGAN KES PERBELANJAAN (RM) 2022 7 10,500.00 2023 22 48,000.00 2024 29 87,000.00 Jumlah 58 145,500.00 -
Bagaimanakah cara permohonan dibuat dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan permohonan?
Cara permohonan dibuat adalah seperti berikut:
- Pemohon mengisi Borang Permohonan DBGS yang boleh diperolehi di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor atau di Pejabat Jawatankuasa Peguam Selangor (Selangor Bar Committee (SBC);
- Borang permohonan perlu mendapatkan pengesahan pemastautian sekurang-kurangnya 10 tahun daripada YB Ahli Dewan Negeri / Penyelaras DUN / Ahli Majlis / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi MPKK / Ketua Komuniti India / Pengerusi Persatuan Penduduk / Pengerusi Rukun Tetangga / Nazir Masjid serta menyertakan salinan dokumen yang diperlukan dan seterusnya menghantar kepada pihak SBC.
- Pemohon diberikan konsultansi awal oleh SBC.
- SBC membuat semakan dokumen dan penelitian kes yang berkelayakan dan seterusnya SBC melantik peguam.
- Pemohon mendapat khidmat guaman melalui subsidi Dana Bantuan Guaman berjumlah RM3,000.00.
Untuk makluman, tempoh masa pemprosesan permohonan di peringkat SBC adalah bergantung kepada maklumat dan dokumen lengkap sorta kes yang berkelayakan. Terdapat juga yang tiada maklum balas lanjut daripada pihak pemohon selepas konsultansi awal diberikan oleh SBC.
-
Nyatakan status dan perkembangan kes-kes yang telah menerima dana ini.
Jumlah kes yang telah diselesaikan sehingga 31 Disember 2024 adalah sebanyak 41 kes di mana sebanyak 35 melibatkan kes kekeluargaan, 5 kes pekerjaan dan 1 kes syariah.
Terdapat sebanyak 17 kes telah ditarik balik oleh pemohon atas sebab seperti pemohon melantik peguam lain / tidak mahu meneruskan kes.
Selanjutnya, sebanyak 17 kes masih berstatus aktif dan sedang dalam tindakan peguam masih di prosiding penceraian contohnya menunggu pendengaran di mahkamah, menunggu perintah, memfailkan permohonan pengecualian tribunal, ada yang menunggu respon pemohon.