Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
205) LATIHAN TVET
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan tawaran 10,000 peluang latihan TVET kepada anak muda Selangor?
- Kerajaan Negeri menawarkan peluang mengikuti pengajian Kemahiran dengan tajaan melalui Program IKTISASS dan mensasarkan sekurang- kurangnya 1,000 orang graduan berkemahiran pada setiap tahun. Bagi tempoh tahun 2018 hingga 2024, pencapaian sasaran 10,000 orang pelatih telah mencapai 3,844 orang pelatih iaitu 38 peratus. Momentum pengambilan pelatih merekodkan kadar yang rendah pada tahun 2020, 2021 dan 2022 dengan purata pengambilan 200 orang pelatih disebabkan pendemik Covid-19.
- Walau bagaimanapun, pelbagai usaha promosi dan penggalakkan telah dilaksanakan terutamanya oleh pihak Selangor Technical Skill Development Center (STDC) pada tahun 2022 dan 2023. Hasilnya pada tahun 2024 jumlah pelatih yang berdaftar telah mencecah 1,172 orang. Pada tahun 2025 program penggalakan secara terus kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam program berkonsepkan Boot Camp akan dilaksanakan untuk menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di pusat pengajian tinggi Kerajaan Negeri.
- Perincian rekod bilangan pelatih yang menerima tajaan di bawah Program Tajaan IKTISASS Kerajaan Negeri bagi tempoh 2018 hingga 2024 adalah seperti berikut:
BIL TAHUN JUMLAH PENUNTUT 1 2018 820 orang 2 2019 543 orang 3 2020 23 orang 4 2021 67 orang 5 2022 456 orang 6 2023 763 orang 7 2024 1,172 orang Jumlah Keseluruhan 3,844 orang -
Perincikan kos bagi setiap program tersebut?
Keseluruhannya, jumlah perbelanjaan bagi Program IKTISASS Kerajaan Negeri bagi tempoh 2018 sehingga 2024 adalah RM40,529,517.42 dengan perincian seperti berikut:
-
Apakah bilangan pelatih ini yang berkerja dalam sektor yang dilatih setahun selepas habis latihan mereka?
Kebolehpasaran pelatih selepas tamat latihan bermula tahun 2020 sehingga 2023 direkodkan pada pencapaian purata 91.74 peratus. Manakala bilangan pelatih yang berkerja dalam sektor yang dilatih direkodkan pada pencapaian 87.16% atau 971 orang daripada 1,114 pelatih. Perincian adalah seperti berikut :
BIL. TAHUN BILANGAN PELATIH TELAH BEKERJA BEKERJA DALAM BIDANG DILATIH 1. 2020 270 243 (90.00%) 221 (81.85%) 2. 2021 116 108 (93.10%) 104 (89.66) 3. 2022 297 268 (90.24%) 257 (86.53%) 4. 2023 431 403 (93.50%) 389 (90.26%) JUMLAH 1,114 1,022 (91.74%) 971 (87.16%)