Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

200) INSENTIF HAJI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Selangor untuk memohon Insentif Haji Selangor?

    Syarat kelayakan bagi permohonan Program Insentif Haji Muassasah Negeri Selangor bagi tahun 2025 adalah seperti berikut :-

    1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia; dan
    2. Pemohon adalah pengundi di negeri Selangor dan beralamat di negeri Selangor.
  2. Bagaimanakah proses tapisan kelayakan dijalankan dan apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon insentif ini?

    Seperti biasa permohonan adalah melalui Pusat Khidmat DUN dan Pusat Khidmat Penyelaras DUN. Selepas tapisan awal oleh pihak Pusat Khidmat permohonan akan dihantar kepada MBI untuk proses semakan dan penyaluran sumbangan.

    Tiga (3) dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, salinan semakan daftar pemilih (mySPR) dan salinan bercetak jadual penerbangan. Dokumen tambahan berupa bukti alamat terkini sekiranya alamat kad pengenalan berbeza dengan alamat terkini. Dokumen itu seperti salinan bil elektrik atau bil air. Manakala dokumen jadual penerbangan ini mempunyai butiran berikut :-

    1. Maklumat pemohon seperti nama penuh, alamat surat menyurat dan nombor kad pengenalan; dan
    2. Maklumat penerbangan kod pakej yang tertera KOD MUAS dan tahun semasa

Lampiran

Tiada Lampiran.