Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
199) PUSAT IBU DAN BAYI (CONFINEMENT CENTRE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan Pusat Ibu dan Bayi (Confinement Centre) berdaftar di setiap DUN Negeri Selangor?
Bilangan Pusat Ibu dan Bayi (Confinement Centre) berdaftar di setiap Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:
BIL PBT JUMLAH 1 MBDK 3 2 MBSA 3 3 MBPJ 2 4 MBSJ 3 5 MDSB 0 6 MPAJ 1 7 MPHS 1 8 MPKJ 6 9 MPKL 1 10 MPKS 0 11 MPS 0 12 MPSP 0 JUMLAH 20 (Sumber: Pihak Berkuasa Tempatan)
-
Berapa banyak agensi yang memantau Pusat-Pusat Ibu dan Bayi (Confinement Centre) ini, terutama dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan ibu serta bayi?
Pusat Ibu dan Bayi (Confinement Centre) dikawal dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan dengan mengguna pakai Garis Panduan Pusat Penjagaan, Rawatan Ibu Selepas Bersalin dan Bayi di Negeri Selangor yang berkuatkuasa mulai 1 Februari 2022. Garis panduan ini bertujuan memastikan kebenaran merancang dan aktiviti yang dijalankan dapat dikawal oleh PBT dengan pemberian lesen perniagaan dan iklan serta operasi perniagaan yang dijalankan mematuhi garis panduan serta syarat yang telah ditetapkan.
Pengawalan dan penguatkuasaan oleh PBT ini adalah bagi memastikan ibu dan bayi mendapat penjagaan dan rawatan selepas bersalin yang kondusif dan lebih selamat. Agensi-agensi teknikal yang perlu dipatuhi bagi mendapatkan kelulusan lesen adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rawatan kesihatan.