Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
197) PEMBANGUNAN HARAM DI TANAH RIZAB ATAU KAWASAN SENSITIF
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani isu pembangunan/ binaan haram di Tanah Rizab milikan agensi kerajaan yang semakin membimbangkan di kawasan DUN Sungai Kandis?
MBDK
Kaedah yang dijalankan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang bagi menangani isu pembangunan/ binaan haram di tanah rizab milikan dan agensi kerajaan adalah seperti berikut :
- Pihak Majlis secara rutin akan membuat pemantauan penguatkuasaan berkala di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran Majlis;
- Pihak Majlis akan menyelaraskan mesyuarat berkenaan dengan tindakan penguatkuasaan bersepadu melibatkan Jabatan dalaman Majlis serta Agensi Teknikal Luaran melibatkan Pejabat Daerah dan Tanah, Air Selangor, TNB dan pemilik rizab untuk tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan dan menyeluruh;
- Pihak Majlis akan membuat pemantauan dan siasatan tapak jika terdapat sebarang aktiviti pembangunan/ binaan haram. Seterusnya, akan menghantar surat kepada pemilik rizab dan Pejabat Daerah dan Tanah jika terdapat pembangunan/ binaan haram melibatkan rizab-rizab kerajaan di tapak untuk tindakan penguatkuasaan;
- Tindakan mengeluarkan Notis Peringatan dikeluarkan jika terdapat aktiviti tanpa kelulusan Majlis;
- Antara tindakan lain yang diambil termasik penyertaan Majlis dalam operasi bersepadu oleh Pejabat Daerah dan Tanah Klang untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap pencerobohan di rizab kerajaan dan kawasan sensitif.
PDT KLANG
Unit Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah Klang sentiasa membuat rondaan dan pemantauan bagi mencegah pembangunan dan binaan haram di atas tanah Kerajaan bagi daerah Klang termasuk DUN Sungai Kandis. Tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara diambil bagi sebarang aktiviti pencerobohan tanah Kerajaan.Bagi tahun 2024 sehingga Feb 2025, sebanyak 81 notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan telah dikeluarkan dan 6 operasi perobohan telah dilaksanakan bagi DUN Sungai Kandis. Tindakan penguatkuasaan ini adalah melibatkan struktur bangunan kediaman dan kandang ternakan yang dibina secara haram di atas rizab JPS.
Operasi bersepadu penguatkuasaan ke atas 18 struktur haram (kedai dan gerai) yang dibina di atas rizab jalan JKR di Kampung Lombong yang menghalang kerja-kerja penyelenggaraan parit dan menyebabkan banjir akan dilaksanakan dalam masa terdekat.Unit Penguatkuasaan Pejabat Daerah dan Tanah Klang sentiasa membuat rondaan dan pemantauan bagi mencegah pembangunan dan binaan haram di atas tanah Kerajaan bagi daerah Klang termasuk DUN Sungai Kandis. Tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara diambil bagi sebarang aktiviti pencerobohan tanah Kerajaan.
-
Apakah yang menhalang pihak penguatkuasaan (PBT) mengambil tindakan segera terhadap binaan haram yang turut menjejaskan proses penyelenggaraan?
MBDK
Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan di rizab kerajaan dan juga tanah kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Klang mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1985. Pihak Majlis boleh membantu dalam aspek logistik semasa tindakan operasi bersepadu yang dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah/ Tanah Klang.