Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

193) STATUS KLANG SENTRAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah pihak yang bertanggungjawab ke atas kawasan Klang Sentral termasuk stesen bas?

    Pihak yang bertanggungjawab ke atas kawasan Klang Sentral adalah pemaju iaitu Tetuan NPO Development Sdn Bhd. Manakala bagi Terminal Bas Klang Sentral dibawah konsesi pemaju iaitu selama 30 tahun yang berakhir pada 2038 yang mana pemaju ini bertanggungjawab membina, menyelenggara dan mengurus terminal bas tersebut.

  2. Mengapakah keadaan kawasan ini terlalu uzur?

    Pihak yang bertanggungjawab sepenuhnya bagi perkara ini ialah pemaju iaitu Tetuan NPO Development Sdn Bhd.

  3. Apakah tindakan tegas yang boleh diambil oleh kerajaan?

    Berhubung Terminal Bas Klang Sentral, pihak Majlis sentiasa memaklumkan kepada pihak NPO Development Sdn Bhd untuk menyenggara dan mengurus terminal dengan sebaiknya.

Lampiran

Tiada Lampiran.