Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

187) HAK MILIK STRATA BAGI PANGSAPURI DAMAI SUBANG BESTARI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status bagi hak milik strata bagi Pangsapuri Damai Subang Bestari?

    Untuk makluman Yang Berhormat Kota Damansara, status terkini hakmilik strata bagi pangsapuri Damai Subang Bestari adalah seperti berikut:

    Hakmilik : PN 97699 Lot 42664
    Mukim/ Daerah : Sungai Buloh, Petaling
    Status : i.              Pemaju tanah telah mengemukakan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan (PBB) untuk Pengeluaran Hakmilik Strata melalui Jurukur Tanah Berlesen (JTB) iaitu Jurukur Jitu Runding Sdn Bhd pada      11 November 2011;

     

    ii.            Permohonan Meminda Syarat Nyata telah diluluskan pada 17 Januari 2018;

     

    iii.           Walaubagaimanapun, permohonan PBB tersebut telah dikuiri berikutan penyediaan dokumen tidak lengkap dan tidak teratur. Surat kuiri telah dikeluarkan pada 7 Disember 2018;

     

    iv.           Sehingga kini pemaju masih belum mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membolehkan permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata diproses:

    1.    Dokumen hakmilik asal tanah (Master title);

    2.    Endorsan pajakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam hakmilik tanah;

    3.    Pengesahan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berhubung dengan perbezaan keluasan tanah yang diluluskan; dan

    4.    Bil cukai tanah semasa yang telah dijelaskan.

  2. Adakah kerajaan bersedia membantu bagi menyelaraskan proses hak milik strata bagi penduduk tersebut?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mengambil maklum dan bersedia membantu bagi menyelaraskan proses permohonan untuk pengeluaran hakmilik strata bagi skim Pangsapuri Damai Subang Bestari. Walau bagaimanapun, permohonan untuk pengeluaran hakmilik strata hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pemaju tanah memenuhi kesemua syarat kelulusan PBB seperti yang diperuntukkan di dalam Seksyen 10, Akta Hakmilik Strata (AHS) 1985.

Lampiran

Tiada Lampiran.