Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

178) PENGUPAYAAN NELAYAN DALAM INDUSTRI PELANCONGAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengupayakan komuniti nelayan di Sungai Janggut dan Sungai Sembilang, Jeram dalam aspek pelancongan yang turut merupakan pelengkap kepada industri perikanan di kawasan ini?

    Secara dasarnya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Selangor (LKIM) lebih memberi fokus daripada segi kebajikan pada komuniti nelayan. Jeti Sungai Sembilang merupakan jeti di bawah seliaan LKIM untuk kegunaan komuniti nelayan setempat yang telah dibina dibawah peruntukan LKIM dan antara fasilitinya ialah jeti pendaratan ikan, bangsal dan pasar nelayan. Manakala, di Sungai Janggut terdapat binaan jeti persendirian milik nelayan bagi tujuan pendaratan ikan dan ianya bukan di bawah seliaan LKIM. Walaubagaimanapun, LKIM tidak mempunyai apa-apa halangan sekiranya menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi membangunkan dan menambahbaik fasiliti sebagai usaha meningkatkan hasil sumber protein utama di negeri ini.

    LKIM juga tidak menghalang sekiranya terdapat pihak yang ingin melabur bagi membeli bot-bot memancing bagi tujuan pelancongan yang dikendalikan oleh komuniti nelayan, tetapi perlu dihadkan kerana Hub Nelayan Sg Sembilang yang dibina adalah bagi kegunaan nelayan setempat, sekiranya wujud bot memancing yang banyak akan mengganggu kawasan tambatan nelayan dan prasarana lain yang dibina untuk kemudahan nelayan.

    LKIM telah menyalurkan peruntukan bagi penyelenggaraan dan baikpulih fasiliti jeti.Antara peruntukan yang disalurkan adalah seperti berikut :

    BIL TAHUN BUTIRAN JUMLAH (RM)
    1 2023 Kerja-kerja penyelenggaraan dan baikpulih hub Sungai Sembilang 16,400.00

Lampiran

Tiada Lampiran.