Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
176) INFRASTRUKTUR KAWASAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan peruntukan infrastruktur yang telah diberikan kepada kampung tradisi dengan mengikut daerah bermula 2022 sehingga 2024.
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan khusus pada tahun 2022 sehingga 2024 berjumlah RM2,000,000.00 bagi kerja-kerja baik pulih jalan luar bandar dan RM2,000,000.00 bagi kerja-kerja baik pulih kemudahan awam luar bandar setiap tahun untuk pelaksanaan projek baikpulih dan naiktaraf infrastruktur kampung tradisi. Pecahan jumlah peruntukan yang telah disalurkan mengikut daerah adalah seperti berikut:
BIL DAERAH
JUMLAH PERUNTUKAN 2022 (RM)
JUMLAH PERUNTUKAN 2023 (RM)
JUMLAH PERUNTUKAN 2024 (RM)JUMLAH MENGIKUT DAERAH 1 HULU LANGAT 263,140.00 0.00 0.00 263,140.00 2 PETALING 95,533.00 0.00 0.00 95,533.00 3 KLANG 19,900.00 0.00 0.00 19,900.00 4 GOMBAK 310,013.30 0.00 880,000.00 1,190,013.30 5 SEPANG 339,255.00 343,761.00 449,000.00 1,132,016.00 6 KUALA LANGAT 131,822.00 0.00 0.00 131,822.00 7 KUALA SELANGOR 0.00 0.00 0.00 0.00 8 HULU SELANGOR 53,366.00 0.00 0.00 53,366.00 9 SABAK BERNAM 136,014.00 0.00 0.00 136,014.00 JUMLAH 1,349,043.30 343,761.00 1,329,000.00 3,021,804.30 -
Berapakah peruntukan yang akan diberikan kepada daerah Hulu Langat pada tahun 2025?
Pada tahun 2025, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2 juta untuk projek baikpulih dan menaik taraf jalan serta kemudahan awam luar bandar di Negeri Selangor. Peruntukan ini diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Pada masa sama, Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor juga menyelaraskan keperluan penyelenggaraan jalan-jalan dan juga longkang luar bandar menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan. Peruntukan yang akan diberikan kepada daerah Hulu Langat di bawah Program MARRIS pada tahun 2025 adalah berjumlah RM3,860,668.00. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan permohonan mengikut keutamaan di daerah masing-masing.