Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

162) KESELAMATAN JALAN RAYA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di simpang Jalan Hulu Yam B57 dan FT0001 yang menjadi hotspot kemalangan jalan raya?

    JKR Selangor telah memasang Jalur Bergetar Merah (Red Rumble Strip) di persimpangan FT001 Jalan Kuala Lumpur – Tg Malim / B57 Jalan Ulu Yam Bharu – Ulu Yam Lama pada pertengahan Disember 2024 sebagai kaedah bagi memastikan pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan. Kesan daripada pemasangan tersebut, JKR tidak menerima sebarang pelaporan kemalangan bagi simpang tersebut sehingga tarikh maklum balas dibuat. Pada Januari 2025 pihak JKR Hulu Selangor telah memohon nasihat teknikal kepada Cawangan Jalan JKR Malaysia berkaitan keperluan Lampu Isyarat di persimpangan tersebut serta nasihat untuk pelaksanaan banci trafik.

  2. Apakan tindakan yang telah dilaksana oleh kerajaan untuk membendung kenderaan membawa beban berlebihan atau melebihi had laju?

    Pihak JKR Selangor sentiasa memastikan papan tanda had laju dan papan tanda peringatan had muatan sentiasa dikemaskini di jalan-jalan JKR yang telah dikenalpasti. Bagi membendung kenderaan yang membawa beban berlebihan dan melebihi had laju, Pihak JKR akan memajukan aduan berkenaan ke agensi yang berkaitan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.