Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

156) ISU BANJIR DI GREENVILLE

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah jangka pendek untuk membersihkan dan menyelenggara sistem saliran di Greenville?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem saliran dalaman di Kemuning Greenville terletak dalam kawasan pemajuan Tetuan Amverton Berhad dan sistem saliran di dalam kawasan Greenville adalah di bawah urus selia dan tanggungjawab oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Walau bagaimanapun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Klang sedang melaksanakan kerja penyelenggaraan parit tidak bertuan di sepanjang Jalan Kebun Barat seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Skop Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Kerja-Kerja Pengorekan Parit Tidak Bertuan Zon Klang Selatan 2 di Jalan Kebun Barat, Jalan Bukit Rimau dan Persiaran Kemuning Prima, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Pembersihan

    parit

    24,850.00

     

    27.1.2025

    27.3.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 5%

    Sebenar: 5%

    (sehingga

    31 Januari 2025)

  2. Adakah kerajaan bercadang menaik taraf sistem saliran, termasuk pelebaran dan pendalaman parit?

    Untuk makluman Yang Berhormat, bagi perancangan projek menaiktaraf sistem saliran di Greenville adalah di bawah MBSA.

  3. Adakah kerajaan merancang membina kolam takungan air hujan di Greenville?

    Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan pembangunan Greenville masih berada di bawah seliaan pihak pemaju. Walau bagaimanapun, JPS Negeri Selangor berpandangan, keperluan kolam takungan berpusat di kawasan Greenville perlu dilihat dari beberapa aspek khususnya penyusunan semula corak pembangunan sedia ada memandangkan kolam takungan berpusat memerlukan keluasan tanah yang besar bagi membolehkan takungan air yang lebih optimum untuk keseluruhan kawasan tadahan dibuat. Di samping itu, pihak pemaju perlu membuat semakan ke atas invert level di keseluruhan sistem perparitan serta platform level kawasan pemajuan sedia ada perlu diambil kira dalam mereka bentuk kolam takungan banjir.

    Maklum balas MBSA

    Untuk makluman Yang Berhormat, kawasan perumahan Greenville adalah bersebelahan dengan Jalan Kebun Barat yang di mana seringkali berlaku banjir. Outlet bagi sistem saliran di kawasan perumahan Greenville adalah menuju ke sistem perparitan Jalan Kebun Barat. Walau bagaimanapun, pihak Majlis sedang menjalankan kerja-kerja menyiapkan satu kolam tadahan sementara (dry pond) yang berada di sebahagian kawasan padang Kemuning Greenville. Kolam ini bertujuan bagi menampung limpahan air dari Jalan Kebun Barat dan Kemuning Greenville. Untuk makluman juga, pihak Majlis sentiasa bersiap siaga dari masa ke semasa untuk membuat penyelenggaraan struktur sistem saliran di kawasan perumahan Kemuning Greenville.

    Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan sistem saliran dan mengurangkan risiko banjir, pihak majlis sedang mencadangkan pembinaan “dry pond” di kawasan padang bola berhampiran Kemuning Greenville. Kolam takungan ini berfungsi untuk mengawal aliran air hujan dengan menyimpan lebihan air buat sementara waktu sebelum melepaskannya secara terkawal ke sistem saliran. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kesan banjir kilat dan meningkatkan kecekapan sistem saliran. Justeru itu, pihak Majlis dengan ini menganggarkan cadangan ini akan mula dilaksanakan pada suku ketiga tahun 2025.

Lampiran

Tiada Lampiran.