Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

148) WORLD EXPO OSAKA 2025

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan tentang penglibatan Kerajaan Negeri di dalam World Expo Osaka 2025?

    Penyertaan Malaysia pada tahun ini di Ekspo 2025 Osaka, Jepun adalah bertemakan “Weaving A Future in Harmony” dan konsepnya merupakan “Interwoven: A Malaysian Story of Harmony” yang diselaraskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tema bagi minggu Negeri Selangor yang telah diluluskan adalah “Building A Resilient Future” sebagai lanjutan kepada tema Malaysia di mana tema ini memfokuskan aspek pembangunan kedaya tahanan Negeri Selangor dalam mengharungi masa depan yang penuh cabaran.

    Penglibatan dan penyertaan Kerajaan Negeri Selangor di Ekspo Dunia 2025 Osaka pada tahun ini adalah pada 5hb sehingga 9hb Mei 2025 yang akan melibatkan pelbagai organisasi termasuklah agensi – agensi Kerajaan Negeri Selangor dan usahawan – usahawan untuk mengadakan aktiviti – aktiviti serta program – program yang bersesuaian dengan tema yang telah diluluskan.

  2. Apakah bidang-bidang yang akan diberikan penekanan untuk meningkatkan nilai pelaburan dan perdagangan Selangor?

    Memandangkan situasi semasa di peringkat global seperti ketegangan geopolitik, perubahan iklim, masalah keterjaminan makanan dan pelbagai isu yang sedang berlaku, adalah amat penting bagi Negeri Selangor untuk merangka pelan strategik bagi mengurangkan impak (“to cushion the impact”) secara langsung atau tidak langsung terhadap kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta meningkatkan nilai pelaburan dan perdagangan Negeri Selangor.

    Bidang – bidang ataupun sub tema yang diberikan keutamaan bagi penyertaan minggu Selangor telah dikenalpasti adalah seperti:

    1. Penarikan Pelaburan (Investment Attraction)
    2. Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (Green Technology & ESG)
    3. Digitalisasi (Digitalisation)
    4. Keterjaminan Makanan (Food Security)
    5. Integrasi Budaya (Cultural Integration)

Lampiran

Tiada Lampiran.