Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
135) PENGURUSAN SAMPAH KAMPUNG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan setiap PBT bagi pengurusan sampah kampung dari tahun 2020 hingga 2024.
Peruntukan pengurusan sisa pepejal kampung bagi PBT di Negeri Selangor dari tahun 2020 sehingga 2024 adalah seperti berikut:
Bil. PBT 2020 (RM) 2021 (RM) 2022 (RM) 1 MBSA 3,581,280.00 3,587,040.00 3,587,040.00 2 MBPJ 488,919.60 488,919.60 488,919.60 3 MBDK – – – 4 MPSJ 4,517,413.56 4,517,413.56 4,517,413.56 5 MPS 2,939,351.76 2,939,351.76 2,939,351.76 6 MPAJ – – – 7 MPKj 10,558,155.18 11,795,590.45 11,928,351.69 8 MPSp 859,200.00 859,200.00 859,200.00 9 MPKL 2,000,000.00 2,500,000.00 2,600,000.00 10 MPKS 1,612,020.00 1,612,020.00 1,612,020.00 11 MPHS 1,363,269.60 1,363,269.60 927,000.00 12 MDSB 1,974,000.00 1,974,000.00 1,974,000.00 JUMLAH(RM) 29,893,609.70 31,636,804.97 31,433,296.61 Bil. PBT 2023 (RM) 2024 (RM) 1 MBSA 3,587,040.00 6,187,860.00 2 MBPJ 488,919.60 488,919.60 3 MBDK 3,792,768.00 3,792,768.00 4 MPSJ 4,517,413.56 4,517,413.56 5 MPS 2,939,351.76 3,272,808.00 6 MPAJ – – 7 MPKj 12,378,340.93 13,752,955.90 8 MPSp 859,200.00 859,200.00 9 MPKL 2,620,000.00 2,620,000.00 10 MPKS 1,612,020.00 1,612,020.00 11 MPHS 957,000.00 2,073,996.00 12 MDSB 1,974,000.00 1,974,000.00 JUMLAH (RM) 31,933,285.85 37,359,173.06 Nota1: Bagi tahun 2020 sehingga 2022, MBDK tidak menyediakan peruntukan khusus bagi kutipan sisa pepejal bagi kampung.
Nota2: Semua kampung di kawasan Ampang Jaya adalah di dalam kawasan operasi MPAJ. Sehubungan itu, pihak Majlis tidak membuat pecahan kos khusus bagi pengurusan sisa pepejal kawasan kampung. Peruntukan pengurusan sisa pepejal MPAJ adalah RM20 juta setahun.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri agar isu pengurusan sampah kampung dapat diselenggarakan dengan baik?
Semua kawasan kampung di Negeri Selangor telah diberi perkhidmatan kutipan sisa pepejal oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, peningkatan kos pengurusan sisa pepejal menyebabkan Kerajaan Negeri tidak dapat memberikan perkhidmatan yang optimum. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan pengenaan cukai taksiran secara bersasar kepada kawasan kampung mulai tahun 2025. Ini bagi memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang dinikmati oleh kawasan operasi PBT dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan kampung.
Antara penambahbaikan yang dirancang dengan penambahan hasil cukai ini adalah:
- penetapan kekerapan kutipan sampah di kawasan kampung sebanyak 7 kali seminggu di jalan utama dan tong sampah berpusat dan 3 kali seminggu di jalan kampung dan kediaman yang telah diubahsuai kepada kedai komersial; dan
- Penggunaan motor roda tiga bagi mengutip sampah di kawasan kampung yang tidak dapat dimasuki lori kompaktor.