Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
128) BELANJA PEMBANGUNAN PKNS MERUDUM 50%
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Peratusan jumlah kos (total costs) Belanja Pembangunan PKNS merudum dari 62% dalam tahun 2017 kepada hanya 30% dalam tahun 2023. Nyatakan punca kemerosotan 50% Development Expenditure (DE) jika dibandingkan dengan 2017.
Pengurangan dalam perbelanjaan pembangunan (Development Expenditure) PKNS dari tahun 2017 hingga 2023 berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, PKNS telah memberi tumpuan kepada penghabisan stok rumah sedia ada yang bernilai lebih RM1 bilion sebelum memulakan pembangunan baharu.
Selain itu, pandemik COVID-19 turut memberi kesan besar di mana tiada kerja fizikal dapat dijalankan di tapak pembinaan sekali gus mengurangkan perbelanjaan pembangunan. Dalam usaha mengurus kewangan dengan lebih berhati-hati, PKNS memperkenalkan strategi “Jual dan Bina” mulai tahun 2022 di mana pembangunan hanya dilakukan berdasarkan permintaan pasaran bagi mengurangkan risiko kewangan.