Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

127) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK / RUMAH SELANGORKU

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan untuk membina rumah mampu milik ini memandangkan di Dusun Tua masih kurang kediaman berstatus demikian?

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2025, terdapat
    94 projek dengan 55,603 unit RSKU telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di seluruh Daerah Hulu Langat termasuk kawasan DUN Dusun Tua. Daripada jumlah tersebut, bilangan projek yang telah siap dibina di kawasan Dun Dusun Tua ialah 1 projek dengan 68 unit Rumah Selangorku (RSKU).

    Bagi menggalakkan lebih banyak rumah mampu milik dibina, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) telah memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangorku (Rumah Selangorku 3.0) berkuat kuasa 03 Januari 2023. Melalui dasar tersebut, sekiranya pihak pemaju/ pemilik tanah berhasrat untuk membina Rumah Selangorku, mereka perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan, iaitu penetapan harga jualan Rumah Selangorku 3.0 bermula dari RM114,750.00 hingga RM250,000.00 seunit dengan keluasan binaan dari 450 kaki persegi hingga 900 kaki persegi yang terdiri daripada jenis perumahan bertingkat dan bertanah.

    Kerajaan Negeri turut memperkenalkan Dasar Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI Negeri Selangor yang telah diluluskan di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 31/2024 bertarikh 30 Oktober 2024. Dasar ini membenarkan pemaju membuat pindaan komponen daripada Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang harga jualannya bermula dari RM42,000.00 kepada RM250,000.00. Insentif ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pemaju kerana pindaan komponen ini dapat meningkatkan margin keuntungan kepada aliran tunai pemaju.

    Seterusnya, bagi menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik di Selangor selaras dengan sasaran untuk membina 200,000 unit rumah pada tahun 2027, Kerajaan Negeri juga meluluskan pengecualian caj pemajuan untuk projek perumahan mampu milik, Idaman dan Harapan bermula Januari 2025. Pengecualian ini dijadikan sebagai insentif kekal dan tidak bertempoh

Lampiran

Tiada Lampiran.