Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

115) STATUS PROJEK LONGKANG FASA 4 DITUKAR KEPADA DUA LOKASI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Projek fasa 4 longkang di Kampung Hala Cara Baru Parit 16, apakah status terkini 2 lokasi tersebut?

    Status terkini bagi dua (2) lokasi tersebut iaitu:

    • Kampung Belia 2 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam; dan
    • Kampung Desa Permai Parit 8 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam

    Kedua-dua projek telah pun siap sepenuhnya.

  2. Projek telah pun bermula 24 Oktober 2024, bilakah tarikh dijangka siap?

    Projek tersebut telah siap pada 16 Januari 2025.

  3. Berapa jumlah kos projek setiap lokasi?

    Jumlah kos projek yang terlibat bagi kedua-dua projek tersbeut adalah seperti berikut:

    1. Kampung Belia 2 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam Kos RM450,000.00

     

    2. Kampung Desa Permai Parit 8 Sungai Panjang Daerah Sabak Bernam Kos RM350,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.