Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
107) KES PENCEMARAN SUNGAI GONG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kerajaan akan merayu terhadap kes berkenaan?
Kes pencemaran Sungai Gong merupakan kes jenayah yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Mereka adalah tertakluk kepada arahan-arahan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Peguam Negara Malaysia termasuk keputusan untuk merayu terhadap kes berkenaan.
-
Apakah kerajaan sudah menjalankan kajian bagi memperketatkan undang-undang bagi memastikan perkara ini tidak berlaku?
Kerajaan Negeri melalui LUAS telah memperketatkan undang-undang dengan melaksanaan pindaan kepada Enakmen LUAS 1999 pada tahun 2020 yang lalu. Bagi memastikan kes pencemaran Sungai Gong yang tidak memihak kepada kerajaan tidak berulang, suatu kajian telah dijalankan dalam memastikan agar segala bukti dan keterangan adalah mencukupi sebelum suatu prosiding jenayah dimulakan di Mahkamah.
-
Adakah kerajaan akan menukar DPP bagi menguruskan kes berkenaan?
Memandangkan DPP atau Timbalan Pendakwa Raya adalah tertakluk di bawah arahan-arahan Pendakwa Raya di bawah Jabatan Peguam Negara Malaysia, cadangan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa mereka.