Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
103) MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN GURU KAFA: PENAMBAHAN BILANGAN DAN PENDAPATAN GURU KAFA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang menambah lagi jumlah guru KAFA Rendah dan Menengah?
Kerajaan Negeri telah meluluskan penambahan waran sebanyak 656 secara keseluruhan secara berperingkat bermula pada tahun 2024 sehingga 2028 menjadikan jumlah guru KAFA akan datang sebanyak 7,656 orang. Pada tahun ini jumlah keseluruhan waran guru KAFA adalah sebanyak 7,300 waran dengan pecahan sebanyak 4,500 waran dari Kerajaan Negeri dan 2,800 waran dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 60 waran daripada 656 waran yang ditambah pada tahun ini adalah Guru KAFA yang mengajar di Kelas KAFA Menengah (KKM) yang dilaksana di 12 buah masjid dan 14 buah SRA menjadikan jumlah keseluruhan guru KAFA Menengah sebanyak 106 orang yang mengajar di lokasi berikut:
-
Apakah usaha kerajaan bagi memastikan pendapatan guru KAFA melepasi paras garis miskin?
Kerajaan Negeri memastikan pendapatan guru KAFA melepasi paras garis miskin dengan bayaran elaun guru KAFA pada ketika ini sebanyak RM1,500 secara bulanan. Suka diingatkan bahawa Guru KAFA tidak menerima gaji tetapi menerima bayaran elaun. Elaun kepada guru KAFA adalah sebagai wang ihsan, galakan dan penghargaan terhadap kemahiran mengajar pendidikan asas agama Islam.
Apabila bercakap mengenai Paras Garis Miskin (PGK), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) mengguna pakai PGK dengan nilai ambang RM1,198 (pendapatan isi rumah) dan RM322 (individu) manakala Lembaga Zakat Selangor (LZS) menetapkan pengkelasan sesebuah isi rumah bagi menentukan sama ada mereka fakir atau miskin adalah berbeza daripada sesebuah keluarga di antara satu keluarga yang lain. Ini bergantung kepada Had Kifayah dan bilangan isi rumah iaitu had kifayah ketua keluarga ialah sebanyak RM1,215.00.