Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

99) INSTITUSI MASJID

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah elaun bulan pegawai-pegawai masjid di Selangor?

    Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,680.00 yang dibayar setiap bulan kepada pegawai-pegawai masjid di Selangor dengan perincian seperti berikut:

     

    BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN
    1 Nazir 300.00 Kerajaan Negeri
    2 Timbalan Nazir 100.00
    3 Imam 1 dan 2 650.00 Kerajaan Negeri
    850.00 JAKIM
    4 Setiausaha 100.00 Kerajaan Negeri
    5 Bendahari 100.00
    6 Bilal 1 340.00
    7 Bilal 2 250.00
    8 Siak 1 290.00
    9 Siak 2 200.00

     

  2. Berapakah jumlah perlindungan insurans/ takaful tahunan yang melindungi pegawai-pegawai masjid?

    Tiada perlindungan insurans/ takaful tahunan secara khusus diberikan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pihak masjid yang mengambil inisiatif memberi perlindungan takaful kepada Pegawai dan Jawatankuasa serta Pembantu Pegawai Masjid yang dilantik.

  3. Apakah imbuhan lain yang diterima oleh pegawai-pegawai masjid bagi tahun 2023 dan 2024?

    JAKIM telah memperuntukan sebanyak RM3,600.00 pada tahun 2023 dan 2024 bayaran secara one off kepada pegawai-pegawai masjid mengikut pecahan berikut :

     

    BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN
    1 Imam 1 600.00 JAKIM
    2 Imam 2 600.00
    3 Bilal 1 600.00
    4 Bilal 2 600.00
    5 Siak 1 600.00
    6 Siak 2 600.00

    Kerajaan Negeri juga telah memberikan bayaran Insentif Bantuan Hari Raya sebanyak RM3,500.00 bagi setiap masjid pada tahun 2023 dan 2024 sebagaimana perincian berikut :

    BIL. JAWATAN ELAUN (RM) SUMBER KEWANGAN
    1 Nazir 500.00 MBI
    2 Imam Rawatib 1 500.00
    3 Imam Rawatib 2 500.00
    4 Bilal 1 500.00
    5 Bilal 2 500.00
    6 Siak 1 500.00
    7 Siak 2 500.00

Lampiran

Tiada Lampiran.