Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
96) PEKERJA KONTRAK PERKHIDMATAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) YANG TIDAK MELEPASI SYARAT SISTEM SARAAN PERKHIDMATAN AWAM (SSPA)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan bilangan pekerja kontrak perkhidmatan PBT yang tidak melepasi syarat SSPA dengan mengikut PBT dan tempoh perkhidmatan pekerja yang terlibat.
Senarai bilangan pekerja kontrak perkhidmatan (Contract of Service, CoS) di semua PBT di Negeri Selangor yang tidak memenuhi syarat lantikan ke skim perkhidmatan di bawah SSPA adalah berjumlah 746 orang yang telah berkhidmat antara 6 bulan sehingga 23 tahun dalam perkhidmatan awam. Jumlah pekerja dan tempoh perkhidmatan pekerja kontrak yang tidak memenuhi syarat lantikan ke skim perkhidmatan di bawah SSPA mengikut PBT adalah seperti berikut:
BIL. JABATAN / AGENSI JUMLAH PEKERJA TEMPOH PERKHIDMATAN 1 Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)
108 6 bulan sehingga 14 tahun 2 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
102 6 bulan sehingga 22 tahun 3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 91 6 bulan sehingga 14 tahun 4 Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
83 6 bulan sehingga 11 tahun 5 Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
80 6 bulan sehingga 8 tahun 6 Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 73 6 bulan sehingga 23 tahun 7 Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
71 6 bulan sehingga 23 tahun 8 Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
52 6 bulan sehingga 21 tahun 9 Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 49 6 bulan sehingga 14 tahun 10 Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) 21 6 bulan sehingga 10 tahun 11 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) 15 6 bulan sehingga 9 tahun 12 Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
1 6 bulan sehingga 8 tahun JUMLAH KESELURUHAN 746 -
Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pekerja tersebut?
Kerajaan Negeri telah mengemukakan permohonan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 16 Disember 2024 bagi tujuan permohonan kelonggaran syarat lantikan bagi pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (Contract of Service, CoS) yang tidak memenuhi syarat lantikan untuk dilantik semula dalam SSPA. Permohonan ini melibatkan 788 pekerja yang berkhidmat dibawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkumi pegawai yang dilantik di bawah Pentadbiran Awam Selangor (PAN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN).
Kerajaan Negeri telah menerima maklumbalas daripada pihak JPA melalui emel pada 24 Disember 2024 yang memaklumkan bahawa tiada kelonggaran syarat diberikan kepada pegawai lantikan kontrak perkhidmatan (Contract of Service, CoS) yang tidak memenuhi syarat lantikan untuk dilantik semula dalam SSPA.
Walaubagaimanapun, JPA memaklumkan akan memberikan pertimbangan bagi tujuan pelantikan semula hanya kepada pegawai yang kontrak perkhidmatannya yang akan tamat sebelum 30 Jun 2025 sahaja. Namun, perkara berkenaan adalah tertakluk kepada JPA dan Kerajaan Negeri perlu mengemukakan semula permohonan dengan justifikasi yang kukuh.
Manakala pegawai kontrak yang akan tamat kontrak selepas 30 Jun 2025 tidak akan dilantik semula dan akan meneruskan perkhidmatan sehingga tamat tempoh kontrak sedia ada. Oleh itu, setiap PBT perlu mengenal pasti dan melantik calon-calon baharu yang berkelayakan berdasarkan syarat lantikan ke skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.