Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
87) MASALAH PENCEROBOHAN TANAH OLEH WARGA ASING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan pihak berwajib dalam menangani isu ini?
Tindakan pihak kerajaan terhadap aktiviti pencerobohan tanah kerajaan oleh warga asing atau mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab adalah dengan mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen 425 KTN yang mana telah memperuntukan denda tidak melebihi RM500,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Ribu Ringgit) atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan. Selain daripada itu, tindakan perobohan juga akan dilakukan terhadap mana-mana struktur bangunan / tanaman dan sebagainya yang dibina tanpa mendapatkan kebenaran yang sah daripada Pihak Berkuasa Negeri.
-
Kawasan di Sungai Makau Sungai Tekali jelas berlaku pencerobohan warga asing ini, usaha pembanterasan ini perlu diambil memandangkan mereka telah memonopoli kemudahan awam dan juga kepentingan komuniti.