Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

79) KES DENGGI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah keseluruhan kes denggi dan kematian menyebabkan denggi pada tahun 2024?

    Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, bagi tahun 2024, negeri Selangor mencatatkan penurunan kes demam denggi sebanyak 1.2% berbanding 2023, iaitu dari 61,080 kes kepada 60,354. Bagi kematian pula, negeri Selangor mencatatkan penurunan sebanyak 11.1% iaitu dari 18 kes kematian pada 2023 kepada 16 kes kematian pada 2024.

  2. Sila berikan pecahan mengikut setiap PBT.

    Pecahan kes mengikut PBT di negeri Selangor adalah seperti di dalam jadual berikut:

    Daerah Pihak Berkuasa Tempatan Bilangan Kes Bilangan Kes Kematian  
    Petaling Majlis Bandaraya Petaling Jaya 6,664 2  
    Majlis Bndaraya Subang Jaya 7,862 1  
    Majlis Bandaraya Shah Alam 7,046 1
    Klang
    Majlis Bandaraya Diraja Klang 6,981 2  
    Gombak Majlis Perbandaran Selayang 7,052 2  
    Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4,444 2
    Hulu Langat
    Majlis Perbandaran Kajang 12,861 4  
    Hulu Selangor Majlis Perbandaran Hulu Selangor 1,1457 0  
    Kuala Selangor Majlis Perbandaran Kuala Selangor 1,403 1  
    Kuala Langat Majlis Perbandaran Kuala Langat 1,609 0  
    Sepang Majlis Perbandaran Sepang 2,801 1
    Sabak Bernam Majlis Daerah Sabak Bernam 174 0
    Jumlah 60,354 16
  3. Mengikut bajet tahun lepas sebanyak RM4 juta telah diperuntukkan bagi pencegahan kes denggi. Bagaimanakah peruntukkan tersebut digunakan?

    Semakan mendapati tiada input jawapan untuk soalan pertanyaan lisan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Justeru itu, soalan ini telah diserahkan kepada Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.