Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
76) NAIK TARAF BUKIT KEMUNING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan bercadang menaik taraf Jalan Bukit Kemuning (Batu 5 hingga Batu 8) dan menambah lampu jalan?
Untuk makluman, sebarang kerja menaiktaraf atau penyelenggaraan di Jalan Bukit Kemuning adalah di bawah bidang kuasa pihak JKR.
-
Apakah strategi kerajaan untuk menaik taraf dan mengindahkan kawasan Bukit Kemuning?
Majlis Bandaraya Shah Alam sentiasa mengambil kira keperluan dalam pembangunan mampan terutama menaiktaraf dan mengindahkan kawasan Bukit Kemuning bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pada tahun 2024, Majlis Bandaraya Shah Alam telah menaiktaraf 2 lokasi taman permainan dan rekreasi di Taman Seri Kemuning dan Taman Bunga Indah, Seksyen 32 melalui Projek Selangor Penyayang (PSP) di bawah peruntukan Pembangunan (P01) yang disalurkan oleh Seksyen Agihan dan Pembangunan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Antara elemen yang dinaik taraf adalah penggantian alatan bersepadu, ‘outdoor gym’ dan gelanggang futsal berbumbung.
-
Sejauh manakah masalah sampah di Bukit Kemuning telah diatasi?
Masalah pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Kemuning adalah di lokasi kutipan sampah Bin Point Majlis. Terdapat 8 lokasi hot spot yang dikenalpasti di sepanjang Jalan Bukit Kemuning (jalan selenggaraan JKR) yang telah menjadi tempat pembuangan sampah haram oleh penduduk sekitar. Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah mengambil beberapa tindakan bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram di Jalan Bukit Kemuning tersebut seperti berikut:
- Pihak Majlis telah menghapuskan semua lokasi bin point di sepanjang Jalan Bukit Kemuning dan telah menukarkan kaedah kutipan sampah di setiap premis kepada door to door.
- Sebanyak 4 papan tanda larangan membuang sampah telah dipacakkan di lokasi hot spot sepanjang Jalan Bukit Kemuning.
- Jabatan juga telah mengambil inisiatif pengindahan kawasan hot spot tersebut dengan meletakkan pasu bunga /pokok bersaiz 4 kaki di 6 lokasi hot spot sepanjang jalan tersebut.
- Sebanyak 4 unit mobile CCTV telah dipasang di lokasi hot spot pembuangan sampah haram di sepanjang jalan tersebut serta 3 kompaun telah dikeluarkan kepada kenderaan yang dapat dikenalpasti membuang sampah.
- Edaran risalah / leaflet berkenaan penyediaan tong sampah serta tatacara pembuangan sampah telah dibuat kepada penduduk serta premis perniagaan yang berhampiran dengan lokasi hot spot pembuangan sampah haram tersebut.
- Beberapa siri operasi penguatkuasan kebersihan juga telah dijalankan di premis-premis kediaman dan perniagaan sepanjang Jalan Bukit Kemuning tersebut seperti berikut:
Operasi Penguatkuasaan kebersihan yang telah dijalankan di Jalan Bukit Kemuning Shah Alam dari bulan November 2024 hingga Januari 2025 :
BIL. OPERASI BIL. PREMIS DIPERIKSA BIL . NOTIS /KOMPAUN DIKELUARKAN 1. Operasi Pemeriksaan dan Penguatkuasaan 46 premis 30 Kompaun 9 Notis Amaran
2. Operasi Task Force Kebersihan 40 premis 51 Kompaun 3. Penguatkuasaan Aduan Kebersihan 6 premis 3 Kompaun 4. Operasi Edaran Notis Penyediaan Tong Sampah Di Lot Perumahan Jalan Bukit Kemuning 130 premis 130 Notis 5. Penguatkuasaan Pembuangan Sampah Haram Di Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 32 3 premis (Kediaman asrama pekerja dan kedai) 7 Kompaun 6. Operasi Intipan Sampah Haram Di Jalan Bukit Kemuning 8 lokasi hot spot 1 Kompaun