Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

62) PERANCANGAN MAIS DALAM MENGATASI KEMISKINAN: JUMLAH ASNAF FAKIR DAN STRATEGI PENGELUARAN ASNAF

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan nyatakan jumlah asnaf fakir yang disenaraikan oleh MAIS melalui Lembaga Zakat Selangor berakhir 2024.

    Berikut merupakan jumlah asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi tahun 2024:

    BIL ASNAF JUMLAH
    1 Fakir 26,170 ketua keluarga
    2 Miskin 47,341 ketua keluarga
    3 Mualaf 4,361 orang
     Jumlah 77,872
  2. Nyatakan strategi bagi mengeluarkan mereka dari asnaf fakir.

    Strategi utama Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu golongan fakir keluar dari kategori tersebut adalah melalui program pembangunan. Salah satu inisiatif LZS adalah mewujudkan ‘5% Club’, yang memberi fokus kepada asnaf produktif. Daripada jumlah keseluruhan asnaf yang berdaftar dengan LZS, 5% dikenal pasti sebagai asnaf produktif berdasarkan kriteria dan potensi mereka untuk dibangunkan.

    Pemilihan dibuat berdasarkan minat dan kecenderungan asnaf yang dikenal pasti melalui program induksi. Mereka ini ditawarkan program pembangunan termasuk pembangunan kerjaya, kemahiran dan keusahawanan.

    1. Inisiatif program pembangunan kerjaya dan kemahiran merangkumi peningkatan kemahiran, persediaan asnaf memasuki alam pekerjaan, membantu penempatan pekerjaan (job placement) dan pemberian insentif permulaan pekerjaan. LZS bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk membantu asnaf mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
    2. Inisiatif program pembangunan keusahawanan disediakan untuk asnaf yang ingin mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan. Program ini dijalankan dengan kerjasama Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS).
    3. Inisiatif program pembangunan pendidikan khusus untuk generasi kedua asnaf, bertujuan memastikan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti. Pembangunan pendidikan ini merupakan intervensi jangka panjang untuk membantu asnaf keluar dari kemiskinan dengan harapan generasi kedua ini dapat memperoleh pekerjaan dan pendapatan yang mampu menyokong ekonomi keluarga mereka.
    4. LZS turut menjalankan kerjasama bersama rakan sinergi terdiri daripada badan kerajaan, NGO, institusi pengajian tinggi, industri dan syarikat swasta bagi memanfaatkan kepakaran dan capaian mereka dalam usaha membangunkan asnaf.
    5. Program pemantauan bagi memantau kemajuan dan peningkatan asnaf hasil daripada penyertaan program pembangunan. Pemantauan ini dijalankan secara fizikal dan berkala ini bertujuan untuk mengenal pasti asnaf yang telah berjaya meningkatkan pendapatan dan akan dikategorikan sebagai keluar dari kategori asnaf, sekiranya mereka melepasi had kifayah.

Lampiran

Tiada Lampiran.