Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
61) PENGHARAMAN ROKOK ELEKTRONIK (VAPE)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Penjualan vape semakin berleluasa di dalam komuniti. Apakah usaha yang sedang dilakukan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil serius berhubung isu penggunaan rokok elektronik di kalangan komuniti, terutama di kalangan remaja dan pelajar sekolah. Justeru itu, Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dalam usaha pemantauan penggunaan rokok elektronik daripada sudut kesihatan.
Selari dengan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852] yang telah diwartakan pada 2 Februari lalu dan berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2024, langkah-langkah pemantauan yang bersesuaian telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bersama-sama dengan JKNS seperti berikut:
- Pemantauan terhadap isi kandungan cecair rokok elektronik, terutamanya kadar kandungan nikotin dan bahan kimia lain yang memberi kesan buruk kepada kesihatan;
- Pengawasan ke atas penggunaan rokok elektronik di tempat awam, terutamanya di sekolah, hospital dan premis makanan; dan
- Meningkatkan hebahan berkaitan kesan buruk penggunaan rokok elektronik kepada kesihatan di tempat tumpuan awam dan lokasi strategik.
Kempen kesedaran ini juga akan dilaksanakan bersama-sama dengan ketua komuniti dan sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Negeri Selangor (SUKA) yang bertindak sebagai ejen penyampaian maklumat Kerajaan Negeri kepada penduduk setempat serta bertanggungjawab untuk melaksanakan hebahan advokasi dan kempen kesedaran.