Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
54) PENINGKATAN PENGGUNA JALAN PUSARA B124 KAMPUNG SAWAH DAN JALAN BANDAR LAMA TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf jalan-jalan tersebut serta jambatan Telok Panglima Garang - Kampung Sawah?
Terdapat cadangan untuk menaiktaraf Jalan Bandar Lama Telok Panglima Garang bermula dari bulatan Jalan Bandar Lama sehingga ke persimpangan Jalan Bandar Lama – Jalan Pulau Carey sebagai langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak dan bagi menampung kapasiti kenderaan yang semakin meningkat disebabkan pembangunan kawasan industri sekitar.
Walaubagaimanapun, JKR kini sedang menurap semula menggunakan kaedah Mill and Pave serta membuat penggantian sendi renggang jambatan (expansion joint) di sepanjang Jambatan Kg Sawah dan kerja dijangka selesai pada 20 Februari 2025. Di samping itu, JKR juga membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara berkala bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya.