Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
53) RIZAB AIR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha konstruktif Kerajaan Negeri bagi meningkatkan jumlah margin rizab air yang rendah bagi menangani jumlah permintaan yang semakin meningkat?
Kerajaan Negeri melalui Air Selangor telah merancang pembinaan infrastruktur loji rawatan air baharu bagi memastikan peningkatan rizab margin bekalan air sentiasa melebihi 15%. Berikut adalah senarai empat (4) loji-loji baharu yang sedang dan akan dibina bagi memenuhi peningkatan permintaan bekalan air pengguna;
Loji Baharu Kapasiti Jangkaan Siap LRA Rasau Peringkat 1 350 JLH 700 JLH
2026 2027
LRA Rasau Peringkat 2 700 JLH 2028 LRA Labohan Dagang Fasa 2 200 JLH 2029 LRA Langat 2 Fasa 2 1130 JLH 2030 Air Selangor juga melalui perancangan Pelan Perniagaan 30 tahun sedang giat melaksanakan kerja-kerja penggantian paip, menaik taraf aset seperti rumah pam dan tangki serta paip agihan dan retikulasi air, menaik taraf loji rawatan air, meningkatkan kapasiti simpanan air dengan membina tangki dan kolam air baharu serta merangka pelan Water Grid Interconnectivity (atau Kesalinghubungan Grid Air).