Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
42) REVOLUSI INDUSTRI AUTOMOTIF DAN DIGITAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor selari dengan kemajuan Industri Automotif dan Digital dunia menjelang 2030?
Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka pelbagai inisiatif strategik untuk memastikan negeri ini kekal menerajui industri automotif dan digital serta selari dengan perkembangan teknologi global menjelang tahun 2030. Antara usaha utama yang dilaksanakan adalah:
1. Pembangunan Industri Automotif Masa Hadapan
- Selangor sebagai Hub Kenderaan Elektrik (EV) dan (PHEV)
- Kerajaan Negeri dengan pelaksanaan STDC bakal membangunkan ekosistem automotive bersepadu dengan penekanan kepada teknologi EV dan PHEV. Inisiatif memberi tumpuan kepada menyediakan lapangan tenaga kerja untuk menarik pelaburan syarikat automotif antarabangsa dan tempatan untuk membangunkan industri EV, bateri litium-ion, dan teknologi pengecasan.
- Penyediaan infrastruktur pengecasan EV dan PHEV di seluruh Selangor bagi menyokong pertumbuhan penggunaan kenderaan
- Kerjasama dengan syarikat automotif utama untuk membangunkan teknologi EV tempatan serta menggalakkan pengeluaran komponen dan alat ganti EV di negeri ini.
b) Latihan dan Pembangunan Tenaga Kerja Berkemahiran dalam EV dan PHEV
- Menyediakan kursus dan latihan khusus dalam teknologi EV dan PHEV melalui Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan institusi TVET lain.
- Program upskilling dan reskilling untuk tenaga kerja dalam system kuasa, penyelenggaraan, dan teknologi bateri.
- Kerjasama dengan institusi antarabangsa seperti China, Jerman, dan Jepun untuk mendapatkan teknologi dan latihan berkaitan industri EV dan PHEV.
c) Pemerkasaan Teknologi Automotif Pintar & Mobiliti Digital
- Membangunkan teknologi kenderaan berautonomi (self-driving vehicles) dan Internet of Vehicles (IoV) di Selangor dengan bekerjasama dengan syarikat teknologi automotif.
- Menggalakkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pengangkutan pintar dan pengurusan trafik bagi meningkatkan kecekapan sistem jalan raya.
2. Transformasi Digital & Industri 4.0 di Selangor
- Selangor Sebagai Hab Ekonomi Digital & Teknologi Pintar
- Mempercepatkan pembangunan 5G di seluruh negeri untuk menyokong industri digital dan automotif pintar.
- Menarik pelaburan dalam pusat data (data centers), teknologi cloud computing, dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkukuhkan ekonomi digital Selangor.
- Melaksanakan Inisiatif Teraju AI Trailblazer bagi menggalakkan penggunaan teknologi digital termaju dalam pelbagai sektor industry terutama melibatkan industri kecil dan sederhana di Selangor
b) Latihan & Pembangunan Bakat Digital
- Melaksanakan program TVET Digital & Teknologi bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam programming, data analytics, AI, cybersecurity, dan teknologi blockchain.
- Menawarkan program pensijilan antarabangsa dalam bidang teknologi digital bagi memastikan tenaga kerja Selangor mempunyai kelayakan yang diiktiraf global.
- Menggalakkan kerjasama dengan syarikat teknologi global seperti Google, Microsoft, dan Huawei untuk membangunkan modul latihan dan pensijilan digital.
c) Pembangunan Ekosistem Ekonomi Digital & Keusahawanan Teknologi
- Menyediakan insentif kepada syarikat startup digital dalam sektor fintech, AI, e-commerce, dan blockchain untuk mempercepatkan pertumbuhan industri digital di Selangor.
- Memperluaskan platform e-dagang dan ekonomi gig bagi membantu usahawan tempatan memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan
- Menggalakkan penggunaan teknologi dron, IoT, dan automasi dalam sektor perkilangan dan logistik.
3. Pelaburan & Kerjasama dengan Pemain Industri Global
- Menarik lebih banyak pelaburan daripada syarikat automotif dan digital antarabangsa melalui Selangor International Business Summit (SIBS).
- Mewujudkan zon industri teknologi tinggi untuk menarik syarikat global dalam sektor automotif, elektronik, dan digital.
- Bekerjasama dengan universiti dan institut penyelidikan bagi membangunkan pusat inovasi dan penyelidikan dalam teknologi automotif & digital.
Dengan langkah-langkah ini, Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan negeri ini terus berada di hadapan dalam sektor automotif dan digital menjelang 2030, sambil menarik pelaburan, mencipta peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi jangka panjang.
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk melatih dan menggalakkan generasi yang ada sekarang ini menceburi bidang tersebut?
Kerajaan Negeri berperanan membangunkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif dan digital melalui latihan berkualiti, insentif pendidikan, kerjasama dengan industri, dan kempen kesedaran tehadap peluang kerjaya yang luas di dalam bidang berkenaan.
Dengan langkah-langkah ini, Kerajaan Negeri Selangor dapat memastikan generasi muda bersedia untuk menceburi industri masa depan, seterusnya menjadikan negeri ini sebagai hab teknologi automotif dan digital utama di Malaysia menjelang 2030.