Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
30) PEKERJAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan lepasan sekolah ataupun graduan universiti mendapat kerja?
Untuk makluman Yang Berhormat Morib, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan rakyat di negeri Selangor termasuk lepasan sekolah dan graduan universiti memperoleh peluang pekerjaan yang sesuai. Antara program utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri adalah:
- Melaksanakan program Karnival Jelajah Jobcare Selangor dengan usahasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Selangor yang diadakan secara berkala pada setiap tahun di sembilan (9) daerah dengan mensasarkan anak muda tempatan sebagai fokus utama serta menawarkan pekerjaan dalam pelbagai bidang pengkhususan. Melalui program ini, para graduan universiti dan lepasan sekolah yang sedang mencari kerja berpeluang untuk menerokai potensi diri dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh majikan-majikan yang dipilih dalam kawasan komuniti daerah masing-masing. Program ini juga bertindak sebagai platform bagi mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan majikan dari pelbagai industri. Secara tidak langsung, cetusan idea ini dapat meningkatkan produktiviti para graduan dan masyarakat setempat untuk memajukan diri dan pada masa yang sama berupaya menjana sumber pendapatan; dan
- Menyediakan pelbagai kursus atau latihan di bawah Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia melalui Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) untuk meningkatkan kemahiran sedia ada (upskilling) atau mempelajari kemahiran baharu (reskilling) bagi membantu rakyat termasuk golongan belia yang terdiri daripada graduan universiti dan lepasan sekolah memajukan diri. Pelbagai program latihan atau kursus turut disediakan oleh Institut Pendidikan di bawah Kerajaan Negeri seperti Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) (dahulu dikenali sebagai INPENS International College) dan Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC). Program yang menyediakan latihan kemahiran jangka pendek ini boleh dimanfaatkan untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau memulakan perniagaan selepas tamat kursus.
Selain daripada itu, para graduan universiti dan lepasan sekolah juga boleh memanfaatkan inisiatif Kerajaan Negeri dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran mereka dalam usaha mendapatkan pekerjaan. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah:
- Menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa dan institusi latihan TVET bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan. Melalui kerjasama dengan syarikat seperti Siemens.Inc, Apple.Inc, FESTO, dan Dassault Systemes, pelbagai program latihan berasaskan teknologi digital dan pembuatan termaju telah diperkenalkan di Selangor Technical Development Centre (STDC). Program ini memberi tumpuan kepada Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan bertujuan meningkatkan daya saing pelajar TVET dalam bidang teknologi tinggi. Dengan adanya modul latihan yang sejajar dengan permintaan industri semasa, graduan TVET bukan sahaja memperoleh kemahiran teknikal yang relevan, tetapi juga berpeluang untuk mendapatkan penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat terkemuka dalam dan luar negara;
- Menjalankan program pembangunan kemahiran secara modular melalui kerjasama dengan syarikat dan institusi industri di negeri Selangor. Antara program yang ditawarkan termasuk latihan dalam bidang aeroangkasa melalui kerjasama dengan GE Engineering, kimpalan melalui The Welding Institute (TWI Malaysia), serta latihan automotif melalui Carsome Institute dan Syarikat P10X. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan secara langsung di industri, yang membolehkan mereka memperoleh kemahiran khusus dan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan; dan
- Menawarkan program pemerkasaan kemahiran melalui kursus pendek tajaan IKTISASS (Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor) terbuka kepada lepasan sekolah serta individu yang ingin memperoleh kemahiran tambahan sebelum memasuki alam pekerjaan atau menceburi bidang keusahawanan. Program ini merangkumi pelbagai kursus kemahiran seperti Teknologi Dron, Asas Penyelenggaraan Kenderaan, Jahitan Kreatif dan Penjagaan Ibu dan Bayi (Postnatal) yang direka khas untuk membantu belia meningkatkan nilai tambah diri serta meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri berpendapatan tinggi.
Satu lagi inisiatif utama adalah melalui kerjasama dengan Invest Selangor yang bertujuan memperkenalkan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji tinggi kepada warga Selangor khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan berimpak besar. Pada masa ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kinrara atas sokongan beliau dalam memperkenalkan inisiatif ini. Invest Selangor memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri Selangor, terutamanya dalam sektor-sektor strategik seperti aeroangkasa dan pembuatan berteknologi tinggi. Sektor aeroangkasa, misalnya, merupakan industri yang berkembang pesat dan menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang tinggi. Selain menawarkan peluang pekerjaan, Invest Selangor juga menyediakan program latihan kemahiran khusus. Latihan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan, tetapi juga membuka peluang untuk mereka diserap ke dalam syarikat-syarikat industri aeroangkasa setelah tamat latihan.
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan akses kepada latihan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri semasa dan peluang pekerjaan yang berkualiti kepada semua lapisan masyarakat, termasuk lepasan sekolah dan graduan universiti. Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kerajaan Negeri ini berupaya mengawal serta mengurangkan kadar pengangguran dan sekaligus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri dan negara.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengangguran di kalangan graduan?