Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
28) PEMBERSIHAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah PBT menangani isu pembuangan sampah haram di laluan Sungai Semata?
MPKJ tidak pernah menerima aduan berkenaan pembuangan sampah haram di Sungai Semata namun MPKJ dengan kerjasama LEMBAGA URUS AIR SELANGOR dan JABATAN ALAM SEKITAR sering menjalankan pemantauan kebersihan kualiti air di sekitar lembangan Sungai bagi memastikan paras air sungai sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan boleh dirawat.
-
Apakah usaha penguatkuasaan yang telah dilakukan?
Bagi masalah pembuangan sampah haram,MPKJ akan mengambil tindakan denagan beberapa langkah seperti berikut:-
- MPKJ akan memasang banner atau papan tanda larangan membuang sampah,
- jika tidak berkesan, MPKJ akan menjalankan intipan dan mengambil tindakan kompaun kepada individu yang tidak bertanggungjawab tersebut
- dan langkah seterusnya MPKJ akan mengorek laluan masuk ke lokasi pembuangan sampah haram jika laluan tersebut bukan laluan orang ramai.
-
Adakah inisiatif kesedaran awam atau pendidikan telah dilaksanakan untuk menangani isu ini?
Dalam memberi kesedaran kepada penduduk dan orang awam, MPKJ sering membuka pameran di hadapan masjid pada hari jumaat dan taklimat diperingkat sekolah serta pasaraya bagi menerangkan kesan buruk pembuangan sampah secara haram.