Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
27) KESESAKAN JALAN RAYA DI PEKAN DENGKIL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kawasan Pekan Dengkil sering mengalami kesesakan jalan raya diwaktu kemuncak pagi dan petang. Apakah langkah kerajaan untuk menambahbaik jalan kepada dua lorong dari Pekan Dengkil menghala ke Banting serta pemasangan lampu jalan demi keselamatan pengguna?
JKR telah memohon kepada Kementerian Kerja Raya bagi Projek naiktaraf Jalan FT031 yang melibatkan Pekan Dengkil ke Banting dengan anggaran kos RM 85 Juta di dalam permohonan projek tambahan bagi Rolling Plan 1 (RP1) RMK 13.