Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
22) PENILAIAN PRESTASI PENJAWAT AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana ADN dan Ahli-Ahli Majlis menilaikan prestasi penjawat awam terutamanya pegawai-pegawai di PBT, PDT dan agensi-agensi lain?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya penilaian prestasi selaras pekeliling Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam (SSPA) menetapkan penilaian dilaksanakan di kalangan penjawat awam. Penilaian ini diambil kira di dalam menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya pergerakan gaji tahunan (PGT), insentif berasaskan prestasi (BIPs), dan ganjaran lain iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat serta tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, PBT atau agensi-agensi boleh menimbang untuk memasukkan elemen-elemen tertentu bagi membolehkan ADN atau Ahli-Ahli Majlis membuat penilaian ke atas pegawai-pegawai di bawah jabatan tersebut melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Melantik PBT masing-masing. -
Adakah penilaian ini akan diambil kira semasa kerajaan mempertimbangkan naik pangkat atau menyesuaikan gaji bagi penjawat awam?
Jawapan a dan b dijawab bersekali.
Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya penilaian prestasi selaras pekeliling Sistem Pengurusan Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam (SSPA) menetapkan penilaian dilaksanakan di kalangan penjawat awam. Penilaian ini diambil kira di dalam menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pemberian ganjaran berasaskan prestasi, contohnya pergerakan gaji tahunan (PGT), insentif berasaskan prestasi (BIPs), dan ganjaran lain iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat serta tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Walau bagaimanapun, PBT atau agensi-agensi boleh menimbang untuk memasukkan elemen-elemen tertentu bagi membolehkan ADN atau Ahli-Ahli Majlis membuat penilaian ke atas pegawai-pegawai di bawah jabatan tersebut melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pihak Berkuasa Melantik PBT masing-masing.