Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
19) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kes pencemaran sungai yang telah direkodkan sepanjang tahun 2024 dan apakah tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab? Apakah langkah terkini yang telah diambil Kerajaan Negeri bagi mengurangkan pencemaran air sungai?
Sehingga tahun 2024, terdapat lapan belas (18) kes berkaitan pencemaran sumber air telah dikesan dan telah dikompaun di mana sebanyak lima (5) kes telah dibayar kompaunnya manakala tiga belas (13) kes selebihnya didakwa di mahkamah bagi kesalahan di bawah seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999.
Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS melaksanakan 11 tindakan/kaedah untuk menangani masalah pencemaran sungai seperti berikut yang merangkumi;
- Pemantauan 24 jam melalui Skuad Elit Air LUAS (SKEAL);
- Tinjauan sungai-sungai bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti dalam 50 meter rizab sungai yang berisiko;
- Menjalankan Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai bagi sungai-sungai yang berisiko;
- Melaksanakan pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk sebagai sistem amaran awal/ early warning system;
- Pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan di bawah seksyen 48 Enakmen LUAS 1999;
- Pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran LUAS;
- Kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air;
- Melaksanakan blok pemantauan kualiti air ataupun dikenali sebagai River Monitoring Program (RMP) di sepanjang rizab sungai utama Negeri Selangor dan juga anak-anak sungai yang berisiko;
- Mempergiatkan usaha dan memperkasakan penglibatan agensi, komuniti, NGO dan pihak berkepentingan dalam aktiviti pemuliharaan sungai-sungai oleh komuniti di Negeri Selangor;
- Pelaksanaan Zero Discharge Policy (ZDP) melalui Peraturan-peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian, Dan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan Dan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2024 bagi pengawalan pelepasan daripada punca, dan
- Pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi isu-isu pencemaran melalui Jawatankuasa-Jawatankuasa yang telah ditubuhkan.