Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
15) MANFAAT KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN MASYARAKAT KAMPUNG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah penambahan kutipan cukai taksiran automatik oleh MPKS telah dan akan dimanfaatkan untuk masyarakat di kampung-kampung sekitar Kuala Selangor terutamanya di bawah DUN Jeram bagi tahun 2025 ini?
MPKS memberikan perkhidmatan kutipan sampah domestik dan pukal di kawasan kampung tradisi yang melibatkan 60 buah kampung mengikut bajet yang telah diluluskan sebanyak RM1,612,020.00 setahun. Bermula Tahun 2020, Pihak Majlis telah melantik KDEB Waste Management bagi pengurusan kutipan sisa domestik dan pukal di kawasan kampung tradisi. Penambahbaikan dan inventori semula akan dibuat pada kontrak akan datang dan bergantung kepada bajet yang tahunan yang diluluskan.
Pihak MPKS dari masa ke semasa akan melaksanakan penambaikan kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khususnya kepada penduduk Daerah Kuala Selangor selaras kepada visi dan misi MPKS.
Fokus utama jabatan selaras dengan kenaikan cukai adalah bagi tujuan untuk menambahbaik serta meningkatkan lagi kerja-kerja penyelenggaraan dan naiktaraf kemudahan infrastruktur asas sediada seperti jalan kampung.