Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

13) ISU GELANDANGAN YANG MEMPUNYAI MASALAH MENTAL DAN BERPENYAKIT SEPERTI HIV

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Agensi manakah yang bertanggungjawab terhadap gelandangan ini?

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor ialah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam menguatkuasakan Akta Orang-Orang Papa 1977 [Akta 183] di mana peranan Jabatan adalah untuk mengambil orang papa seperti diperuntukkan di bawah Akta 183 tersebut.

  2. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan "One Stop Centre" untuk menangani isu ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, JKM Negeri Selangor menempatkan sementara kes-kes orang papa yang diselamatkan di Pusat Sehenti Sg Buloh iaitu Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh. Bagi mengatasi masalah orang papa dan gelandangan, JKM mengambil inisiatif dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi mengambil orang papa melalui operasi yang dijalankan sama ada secara bersepadu, berkala dan ‘ad-hoc’ melalui aduan orang ramai. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga Disember 2024 sejumlah 199 operasi telah dijalankan dan sejumlah 155 orang papa yang diambil iaitu melibatkan 102 warganegara dan 53 orang bukan warganegara.

    Bagi kes orang papa warganegara, mereka akan diserahkan semula kepada waris atau penjaga dan bantuan kewangan secara bulanan akan diberikan sekiranya memenuhi kelayakan. Manakala, bagi kes orang papa yang tiada waris atau penjaga, mereka akan ditempatkan di institusi kebajikan atau pusat jagaan NGO. JKM akan membuat rujukan kepada Jabatan Imigresen bagi kes orang papa bukan warganegara untuk tindakan selanjutnya. Oleh itu, Kerajaan Negeri tidak merancang untuk mewujudkan ‘One Stop Center atau Pusat Transit Gelandangan di Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.