Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

9) SUKMA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cabaran persiapan SUKMA yang telah dikenalpasti?

    Antara cabaran utama yang dikenalpasti dalam persiapan Negeri Selangor sebagai Tuan Rumah Temasya SUKMA 2026 adalah ketiadaan Venue Utama untuk penganjuran Temasya SUKMA tersebut yang mana Kompleks Sukan Shah Alam ( KSSA ) dijangka hanya akan siap fasa 1 pada pertengahan tahun 2027.

    Disamping itu juga, tempoh masa persediaan yang sangat singkat iaitu hanya kurang daripada 2 tahun berbanding negeri-negeri tuan rumah sebelum ini mempunyai tempoh masa yang panjang diantara 4 hingga 6 tahun sebelum bertindak menjadi Tuan Rumah bagi Temasya SUKMA.

  2. Apakah opsyen penyelesaian yang telah dikenalpasti untuk mengatasi cabaran tersebut?

    Dalam mengatasi cadaran tersebut, venue-venue pertandingan telahpun dikenalpasti dan ianya masih boleh digunakan bagi memastikan Temasya berlangsung dengan jayanya. Tiada keperluan untuk membina infrastuktur sukan yang baru dan ianya dilihat lebih efisyen dan lebih penjimatan. Semua Venue Pertandingan hanya akan dinaiktaraf dan diperbaiki bagi memastikan ianya mengikut standart yang telah ditetapkan.

    Namun yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor percaya dengan sokongan dan kerjasama yang akan diberikan dari semua agensi samada kerajaan mahupun swasta di negeri Selangor akan memastikan semua perkara dapat diselesaikan dan penganjuran kali ini akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya.

  3. Apakah bajet SUKMA 2026?

    Bagi menjayakan pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 dianggarkan kos / baget keseluruhan berjumlah RM 250,000,000.00 melibatkan kos dari aspek antaranya pengurusan sekretariat, persediaan atlet, penyediaan teknikal peralatan kelengkapan pertandingan, perkampungan sukan/makan minum, sistem teknologi ICT/ sistem, logistik/ pengangkutan, media/ promosi/protokol, hadiah/cenderamata, keselamatan/kecemasan/ Doping, Majlis Pembukaan/penutup/Majlis makan malam rasmi/ pertandingan golf VIP, Pelancaran Temasya / larian obor, sukarelawan, dan infrastruktur/venue pertandingan.

    Walau bagaimanapun untuk menampung kos penganjuran yang tinggi ini kerajaan Negeri Selangor percaya akan ada jumlah penajaan daripada Syarikat Agensi Kerajaan ( GLC ) mahupun Swasta akan turut bersama membantu dalam pelaksanaan penganjuran Temasya SUKMA 2026 ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.