Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

3) KETERJAMINAN MAKANAN DI SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan kontingensi bagi menangani krisis makanan atau bencana alam yang boleh mengganggu bekalan makanan di Selangor?

    The Food and Agriculture Organization (FAO) telah mentakrifkan keselamatan makanan (food security) sebagai situasi di mana setiap orang mempunyai akses kepada makanan yang selamat dan berkhasiat yang mencukupi untuk memenuhi keperluan mereka. Akses ini mesti tersedia pada setiap masa dan memenuhi keperluan dan keutamaan diet mereka.

    FAO juga telah mengenal pasti empat dimensi keselamatan makanan iaitu :

    1. Ketersediaan (Availabiliy)

    Jumlah makanan yang tersedia secara nasional

    1. Kebolehcapaian (Accesibility)

    Keupayaan isi rumah untuk mengakses makanan

    1. Penggunaan (Utilization)

    Cara individu menggunakan makanan yang mereka ada akses

    1. Kestabilan (Stability)

    Betapa stabilnya bekalan makanan dari semasa ke semasa.

    Berlandaskan dari perkara tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor atau PeTA bagi merancang dan seterusnya melaksanakan program dan projek yang berkait rapat dengan isu sekuriti makanan iaitu :-

    1. Pertanian Bernilai Tinggi;
    2. Pemodenan Pertanian;
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap;
    4. Pembangunan Agroprenuer; dan
    5. Agro Pelancongan.

    Bagi pelan kontigensi menangani krisis makanan di Selangor, Kerajaan Negeri Selangor telahpun mula melaksanakan Program Gudang Makanan Selangor (GMS) di mana penyediaannya pada ketika ini bermula dengan penyimpanan stok bekalan makanan untuk tempoh sebulan iaitu pada kadar 15% dari jumlah penduduk Negeri Selangor yang merangkumi makanan asas khususnya bekalan beras dan seterusnya akan ditingkatkan kepada bekalan makanan untuk tempoh 3 bulan bagi sejumlah 7 juta penduduk.

    Melalui Program GMS tersebut ianya boleh menangani krisis makanan khususnya sewaktu bencana alam seperti banjir serta dalam masa yang sama boleh membantu di dalam situasi untuk menstabilkan harga apabila keadaan tersebut terjadi.

    Dalam pada itu juga, projek dan program di bawah PeTA iaitu Rantaian Bekalan Makanan Lengkap juga turut dilaksanakan yang merangkumi keseluruhan rantaian bermula dari program huluan sehinggalah hiliran iaitu bermula dari pengeluaran benih dan baka, penyediaan kawasan, projek tanaman / ternakan, penyimpanan / pengumpulan, pengedaran  dan seterusnya pemasaran.

    Selain dari itu juga, program untuk meningkat hasil dari kebun komuniti juga turut diberikan perhatian yang serius dimana melalui program ini secara tindak langsung ianya juga dapat membantu di dalam membekalkan hasil-hasil pertanian yang diusahakan secara berkumpulan khususnya di kawasan-kawasan perumahan. Di Negeri Selangor, telah terdapat lebih dari 200 kebun komuniti yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri.

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut membuka kawasan-kawasan projek pertanian seperti di bawah Program Selangor Smart Agro Park & Agro Farm, Kampung Johan Setia, Klang, selain daripada mempertingkatkan lagi pengeluaran di dalam program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang merangkumi sejumlah 22 kawasan dengan jumlah keluasan lebih kurang 2,011.9 ha. yang merangkumi projek tanaman, penternakan dan akuakultur. Sebagai contoh projek tanaman sayuran di Kampung Johan Setia, Klang sahaja boleh menampung sehingga 30% bekalan sayur di Lembah Klang dan pengeluaran di TKPM untuk tanaman boleh menghasilkan sejumlah 3,000 mt. dengan nilai RM46.3 juta setahun.

    Selain dari itu, penggunaan teknologi moden dan terikini juga turut diberikan perhatian khususnya bagi menangani fenomena bencana alam di mana sebagai contoh penggunaan kaedah moden Smart Farming menggunakan pertanian pintar IOT (Internet Of Thing) dalam penanaman secara fertigasi, penanaman di dalam bangunan (Plant Factory) dan vertical farming serta penggunaan struktur pelindungan hujan (SPH) bagi memastikan sektor pertanian mempunyai daya tahan dalam menghadapi perubahan iklim.

    Usaha dalam membangunkan pengeluaran varieti padi yang tahan cuaca sedang dn telah dilaksanakan. Antaranya varieti padi Tadahan Hujan @ Luar Jelapang seperti  MR326 dan MR331 keluaran MARDI yang telah diisytihar pada bulan November 2024. Badan penyelidik lain seperti UPM, UKM dan Agensi Nuklear Malaysia juga telah mengeluarkan varieti padi yang tahan kepada perubahan cuaca seperti Padi Putra CR (Climate Ready) untuk rintang kemarau dan berhasil tinggi, NMR 151 dan NMR152 (IS21), UKM RC 2 dan UKM RC 8 yang masing-masing mempunyai ciri-ciri kesesuaian kepada perubahan cuaca.

    Selain itu, pengeluaran benih tanaman yang berkualiti dan rintang penyakit oleh Green World Genetics (GWG) seperti melon, jagung dan betik turut dilaksanakan. Tapak pengeluaran benih kelapa matag dan SGG juga sedang dibangunkan di Negeri Selangor serta projek pengeluaran benih udang putih dan harimau turut dilaksanakan termasuk pengeluaran baka kambing Barbados Black Belly (BBB) yang sedang diperingkat perancangan untuk dilaksanakan pada tahun 2025 ini.

    Bagi memastikan rakyat di Negeri Selangor dapat membeli hasil-hasil makanan (accesibility) samada hasil segar atau proses, program pemasaran Jualan Ehsan Rakyat (JER) yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sentiasa diberikan keutamaan. Pada tahun 2025, Program JER dijangka akan dilaksanakan di 1,344 lokasi di 56 DUN. Pada tahun 2024, jumlah Lokasi yang terlibat adalah sebanyak 1,642 kawasan dengan melibatkan 56 DUN.

  2. Bagaimana sistem agihan makanan dirancang untuk mencapai kawasan pedalaman dan komuniti terpinggir?

  3. Bagaimana pertanian pintar diterapkan untuk meningkatkan produktiviti makanan di Selangor?

    Kerajaan Negeri menggalakkan kaedah pertanian pintar IOT (Internet Of Thing) melalui penggunaan kaedah moden Smart Farming pada sistem penanaman seperti secara fertigasi/ hidroponik, sistem penanaman di dalam bangunan (Plant Factory), dan vertical farming bagi mempastikan produktiviti makanan dalam sektor pertanian dapat ditingkatkan dan mempunyai daya tahan dalam menghadapi perubahan iklim. Melalui kaedah IOT penggunaan kawasan yang kecil/ terhad tetapi ianya mampu mengeluarkan hasil yang tinggi.

    Pertanian pintar juga diaplikasikan pada tanaman padi melalui penggunaan dron bagi pembajaan, pengurusan perosak dan penyakit. Selain itu, penggunaan baja semi organik dan asid amino yang boleh meningkatkan hasil dan dalam masa yang sama boleh mengekalkan kelestarian. Pihak Jabatan Pertanian juga memberikan kursus/latihan/bengkel/ hands-on melalui program capacity building kepada golongan usahawan dan petani yang berminat.

Lampiran

Tiada Lampiran.