Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
400) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah kemudahan dan perkhidmatan terkini yang disediakan oleh aplikasi Selangkah? Dan senaraikan kemudahan dan perkhidmatan tersebut.
Aplikasi Selangkah membolehkan pengguna mengakses rekod perubatan elektronik mereka. Pengguna juga dapat melihat sijil perubatan dan surat rujukan melalui aplikasi tersebut.
-
Berapakah kadar penggunaan aplikasi Selangkah dari tahun 2023 sehingga kini?
Purata kadar pengguna aktif aplikasi Selangkah sejak dari tahun 2023 ialah sebanyak 237,533.