Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
387) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan dan pecahan secara bulanan bagi Skim Air Darul Ehsan (SADE) sejak program ini diperkenalkan ? Berapakah jumlah dan pecahan permohonan yang lulus mengikut kawasan DUN ?
Jumlah permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang telah didaftarkan sehingga 30 September 2024 adalah sebanyak 400,559 dimana sebanyak 343,156 permohonan adalah daripada meter domestik dan baki 57,403 adalah meter pukal bagi pangsapuri kos rendah. Daripada jumlah ini, sebanyak 366,588 telah diluluskan permohonannya (309,185 meter domestik dan 57,403 meter pukal pangsapuri kos rendah).
Untuk makluman, proses permohonan SADE adalah berdasarkan fasa-fasa permohonan. Permohonan tersebut dibuka setiap tempoh tiga (3) bulan permohonan (4 kali setahun yang dinamakan Siri Pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan 2022-2024). Butiran pecahan secara fasa permohonan SADE sehingga 30 September 2024 adalah seperti di Jadual A berikut:
Jadual A
No. Fasa Jumlah Berdaftar Jumlah Diluluskan 1 Siri 1/2020 211,344 184,020 2 Siri 2/2020 23,066 22,253 3 Siri 1/2021 9,255 9,030 4 Siri 2/2021 13,807 13,406 5 Siri 1/2022 1,013 974 6 Siri 2/2022 2,667 2,569 7 Siri 3/2022 6,319 6,136 8 Siri 4/2022 5,832 5,662 9 Siri 1/2023 6,272 6,073 10 Siri 2/2023 9,503 9,237 11 Siri 3/2023 10,135 9,884 12 Siri 4/2023 9,033 8,821 13 Siri 1/2024 7,774 7,608 14 Siri 2/2024 8,415 8,274 15 Siri 3/2024 5,144 5,028 16 Siri 4/2024 10,466 10,210 17 Siri 1/2025* 3,111 – Jumlah 343,156 309,185 Jumlah Meter Pukal 57,403 57,403 Jumlah Keseluruhan 400,559 366,588 *Pendaftaran masih berjalan. Jumlah permohonan adalah sehingga 30 September 2024
Buat masa ini, pembahagian sempadan bagi SADE adalah berdasarkan sempadan Wilayah Air Selangor yang mana takrifan Wilayah Air Selangor adalah berbeza dengan persempadanan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor. Takrifan sempadan Wilayah Air Selangor adalah berdasarkan Sistem Agihan Air dan persempadanan Pejabat-pejabat Daerah.
Pecahan penerima keseluruhan pengguna domestik semasa (aktif) sehingga 30 September 2024 mengikut pecahan 10 Wilayah Air Selangor adalah seperti berikut:
Jadual B
Wilayah Jumlah Kuala Lumpur (Persempadanan –dalam PBT Negeri Selangor)
14,536 Gombak 35,257 Petaling 70,730 Klang 63,881 Hulu Langat 33,833 Kuala Langat 23,069 Hulu Selangor 32,398 Kuala Selangor 19,108 Sabak Bernam 13,287 Sepang 12,818 Jumlah Keseluruhan 318,917 Daripada jumlah permohonan yang diluluskan iaitu 366,588 pemohon, seramai 318,917 pemohon adalah penerima SADE yang masih aktif. Baki 47,671 penerima yang tidak aktif adalah terdiri daripada penerima yang telah memohon penamatan SADE atau akaun bekalan air mereka telah ditamatkan. Manakala permohonan yang gagal iaitu sebanyak 33,971 permohonan adalah terdiri daripada permohonan yang tidak memenuhi syarat dan maklumat kelayakan SADE yang telah ditetapkan.