Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

384) PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terperinci jumlah tadika swasta yang wujud dan beroperasi di Selangor mengikut daerah pada tahun 2022, 2023 dan 2024?

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor ambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

    Mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 79(1) dan Seksyen 80 :

    Seksyen 79. Semua institusi pendidikan hendaklah didaftarkan.

    (1)   Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Akta ini, tiap-tiap institusi pendidikan hendaklah didaftarkan di bawah Akta ini

    Sekyen 80. Daftar

    Ketua Pendaftar hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan suatu daftar institusi pendidikan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua Tadika Swasta yang menjalankan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)  perlu berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Jumlah Tadika Swasta yang berdaftar dan beroperasi di Negeri Selangor mengikut Pejabat Pendidikan Daerah adalah seperti berikut :

     

     

    PPD

    TAHUN
    2022 2023 2024
    Jum

    Tadika

    Jum Murid Jum

    Tadika

    Jum

    Murid

    Jum

    Tadika

    Jum

    Murid

    GOMBAK 231 9,012 229 8,402 223 8,976
    HULU LANGAT 432 17,657 439 18,024 432 16,952
    HULU SELANGOR 59 1,895 58 1,607 62 1,853
    KLANG 295 12,012 272 11,462 253 11,039
    KUALA LANGAT 113 4,836 117 5,377 115 5,337
    KUALA SELANGOR 94 3,368 90 3,380 86 3,338
    PETALING PERDANA 520 20,269 544 21,930 529 19,897
    PETALING UTAMA 177 7,497 189 7,831 186 7,131
    SABAK BERNAM 21 842 20 777 18 700
    SEPANG 130 5,169 137 5,137 144 5,633
    JUMLAH 2,072 82,557 2,095 83,963 2,048 80,856

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jumlah Tadika Swasta di Negeri Selangor pada tahun 2022 adalah 2,072 buah tadika manakala pada tahun 2023 adalah berjumlah 2,095 buah tadika. Pada tahun 2024 mengikut data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) yang berakhir pada 31 Oktober 2024, Tadika Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berjumlah 2,048 buah tadika.

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu pengusaha-pengusaha tadika swasta supaya lebih efisien dalam melahirkan kanak-kanak yang boleh membaca, mengira, dan menulis sebelum memasuki sekolah peringat rendah?

Lampiran

Tiada Lampiran.