Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

383) INDUSTRI PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan keterjaminan makanan khususnya sektor pertanian dan penternakan di Selangor mengcukupi untuk tahun 2025 dan 2026?

    Kerajaan Negeri sedang melaksanakan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang mengambil kira semua faktor yang boleh memberikan impak untuk jangka masa panjang dan jangka pendek dalam membangunkan sektor pertanian makanan Negeri Selangor termasuk dalam menjadikan Negeri Selangor sebagai hub pertanian dan penternakan.

     

    Teras utama PeTA Selangor tersebut adalah seperti berikut;

    1. Pertanian Bernilai Tinggi
    2. Pemodenan Pertanian
    • Rantaian Bekalan Makanan Yang Lengkap
    1. Pembangunan Agroprenuer; dan
    2. Agro Pelancongan

     

    Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai projek dan program untuk menggalakkan serta membantu para petani mengembangkan usaha tani mereka melalui pelbagai bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah dari segi pembangunan infrastruktur ladang, bantuan input-input dan peralatan pertanian dan juga pembangunan modal insan petani melalui latihan, kursus dan program pemindahan teknologi yang lain. Selain insentif tanaman makanan, Jabatan Pertanian juga membantu dalam membangunkan usahawan-usahawan Industri Asas Tani yang merupakan industri hiliran bagi rantaian bekalan makanan negara.

     

    Antara contoh-contoh program yang sedang dilaksanakan dibawah PeTA Selangor adalah seperti berikut;

     

    • Jabatan Veterinar Negeri Selangor (DVS) mempunyai inisiatif seperti bantuan dalam bentuk benih ternakan, peralatan menternak, bahan binaan kandang, pemakanan ternakan dan homplot (tanaman rumput) melalui beberapa Program Pembangunan iaitu Pembangunan Komoditi Ternakan Ruminan dan Pembangunan Pembiakbakaan Ruminan, Pembangunan Komoditi Ternakan Unggas dan Bukan Ruminan. Kerajaan Negeri melalui DVS sedang menaik taraf reban-reban sedia ada milik Kerajaan Negeri yang terletak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sabak Bernam, Sepang dan Hulu Selangor yang sedang disewakan kepada penternak tempatan.

     

     

    • Selain itu, sebagai usaha meningkatkan pengeluaran ayam di Negeri Selangor ini, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan melaksanakan projek usahasama dengan Syarikat Pertanian Pertiwi Sdn. Bhd. (Charoen Pokphand – CP) bagi membina ladang ayam pedaging baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 3 juta ekor ayam setahun. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) juga melaksanakan Projek Tanaman Jagung Bijirin seluas 300 ekar di Kuala Langat Selatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan ayam diimport.

     

    PKPS juga merancang untuk membangunkan projek ternakan ayam daging iaitu di Ulu Bernam, Hulu Selangor yang dijangka dapat menambah pengeluaran ayam daging sebanyak 300,000 ekor setiap kitaran. Ini menjadikan jumlah pengeluaran ladang ayam PKPS kepada 800,000 ekor ayam setiap kitaran berbanding 500,000 ekor sebelum ini. Bagi ternakan lembu pedaging dan lembu tenusu, PKPS mempunyai perancangan untuk menjadikan ladang Jelutong Jati, Mukim Sungai Panjang di Daerah Sabak Bernam sebagai projek lembu pedaging manakala projek lembu tenusu akan dilaksanakan di tapak Ladang Projek Sungai Tengi. Kawasan tersebut berkeluasan 142 ekar dan akan dibangunkan menggunakan infrastruktur berteknologi tinggi. Kapasiti kawasan tersebut mampu menampung sebanyak 1200 ekor lembu tenusu.

     

    Terdapat juga projek Selangor Smart Agro Park (SSAP) dan Selangor Smart Agro Farm (SSAF) yang sedang dilaksanakan seperti berikut;

     

    1. Selangor Smart Agro Park (SSAP)@Changkat Menteri

    Terdapat lapan (8) plot pemaju yang sedang melaksakana projek tanaman kontan dan tanaman kelapa di Fasa 1. PKPS dan pemaju telah melantik konsultan EIA pada 3 Mei 2024 dan PKPS telah mengemukakan permohonan EIA kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada 24 Jun 2024 bagi Plot 2 manakala permohonan EIA bagi Plot 3 dan 4 akan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor pada akhir bulan Julai 2024. Ia akan disusuli dengan permohonan 6 Plot yang lain.

     

    1. Selangor Smart Agro Park (SSAP)@Sungai Air Tawar

    Terdapat empat (4) pemaju telah dilantik di kawasan tersebut iaitu;-

     

    1. Bernam Smart Agro Sdn. Bhd. (40 ekar) (Tanaman Nanas MD2)
    • Kerja pemberseihan, penyediaan tapak seperti bajak, rotor dan batas serta kerja-kerja penanaman dibuat secara berperingkat.
    • Tanaman selingan juga dilaksanakan
    • Pemaju menghadapi masalah kekurangan bekalan sulur nanas MD2 yang menyebabkan jadual tanaman terkesan.
    • Menghadapi masalah serangan babi yang menjejaskan tanaman dan hasil.

     

     

    1. Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG) (15 ekar – Tanaman Betik)
    • Kerja-kerja pembersihan, penyediaan tapak dibuat berperingkat
    • Buah betik telah mula dituai sebanyak 3 kali iaitu 300kg/ tuai
    • Menghadapi masalah serangan babi yang menjejaskan tanaman\

     

    1. Koperasi Agrosel Selangor Berhad (12 ekar – Serai kampung)
    • Merangkumi kerja-kerja pembersihan tapak dan penyediaan tapak penanaman secara berperingkat bagi tanaman serai yang telah dituai.
    • Tuaian pertama seberat 2.2 tan selesai
    • Contract Farming telah ditandatangani dengan Tetuan Serai Malaya Sdn. Bhd.

     

    1. Jabatan Pertanian Negeri Selangor (50 ekar – Pembenihan Kelapa Matag)
    • Lima (5) pemaju yang telah dilantik adalah seperti berikut;
      • Lot 1 : Rafahia Holdings Berhad (9 ekar)
      • Lot 2 : Mohamad Razaleigh bin Zainal Abidin (9 ekar)
      • Lot 3 : Zulkifli bin Mohamed Abbas (9 ekar)
      • Lot 4 : Mohd Nidzam bin Mohd Sidek (9 ekar)
      • Lot 5 : Jemik Bina Enterprise (9 ekar)

    Pejabat Ladang (5 ekar)

    • Pengambilan anak pokok di Pusat Pertanian Lekir dan Parit Bharu, Perak oleh pemaju telah dilaksanakan 50%
    • Kerja-kerja penanaman anak pokok kelapa MYD & Tagnanan oleh peserta belum dilaksanakan kerana menunggu pelan penanaman yang akan diberikan oleh Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Putrajaya (BPIT) dan Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP) Daerah Sabak Bernam.
    • Menjalankan kerja-kerja menanam labu sebagai tanaman selingan.

     

    • Selangor Smart Agro Farm (SSAF)@Jelutong Jati
    • Keluasan : 135 ekar
    • Projek ini dilaksanakan oleh anak syarikat PKPS iaitu SELAGRO Solutions Sdn. Bhd. (SSSB) bagi ternakan lembu pedaging.
    • Fasiliti dalam proses tambah baik telah mencapai 70% siap dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan September 2024.
    • SELAGRO akan menjual daging ternakan secara komersial dan jualan secara Ehsan Prihatin Rakyat (PKPS) selaras dengan keprihatinan Kerajaan Negeri akan kebajikan kepada rakyat Negeri Selangor.
    • Pembelian bekalan lembu pedaging akan dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada penternak tempatan di sekitar Lembah Klang, Selangor dan sempadan Perak.
    • Pada peringkat awal, SELAGRO mengadakan pertemuan dengan beberapa buah syarikat untuk penjualan daging lembu seperti Pasaraya SEGI bagi mengadakan kerjasama secara komersial.

     

    1. Selangor Smart Agro Farm (SSAF)@
    • Keluasan (60 ekar)
    • Pemilihan pemaju akan dibuat oleh pihak UPEN dan perkara ini masih dalam tindakan UPEN.
  2. Berapakah jumlah penternak lembu, kambing dan ayam beserta dengan jumlah ternakan di Selangor mengikut daerah di Selangor pada tahun 2023 dan 2024?

    Bilangan penternak dan jumlah ternakan lembu, kambing dan ayam bagi tahun 2023 adalah seperti dalam jadual-jadual di bawah. Walau bagaimana pun, bancian untuk tahun 2024 hanya akan diterbitkan pada 1 April 2025 selepas proses semakan dan pengesahan.