Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

382) PEMBANGUNAN KAUM INDIA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan Pendidikan dan taraf sosioekonomi komuniti kaum India di Selangor khususnya Kawasan Hulu Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat Batang Kali, Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap pembangunan pendidikan dan taraf sosioekonomi rakyat di negeri Selangor termasuk komuniti kaum India. Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan komuniti kaum India terus maju dan setanding dengan semua kaum lain dalam negeri selangor daripada segi pendidikan dan taraf sosioekonomi. Masyarakat India daripada daerah Hulu Selangor tidak terkecuali daripada menerima manfaat di bawah program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini.

    Berikut adalah beberapa program utama melibatkan pembangunan pendidikan dan taraf sosioekonomi khusus untuk komuniti India di Selangor yang telah dilaksana sehingga kini:

    1. Program Bantuan Yuran Pengajian Tinggi Awam dan Swasta Bagi Pelajar Komuniti India B40 – Program ini bertujuan meringankan beban ibu bapa atau penjaga komuniti India B40 yang menghantar anak-anak melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta. Program yang diperkenalkan sejak 2013 untuk hanya anak-anak pekerja ladang ini telah diperluas kepada semua pelajar India dalam kalangan B40 pada tahun 2021. Bagi tahun 2024, bantuan berjumlah RM1.54 juta memberi manfaat kepada 602 orang pelajar yang layak. Jumlah peruntukan bagi program ini untuk tahun 2022 – 2024 adalah seperti dalam Jadual 1 di Lampiran (tiada perincian mengikut daerah).

    1. Program Sumbangan Subsidi Tambang Bas Sekolah – Program ini merupakan satu lagi inisiatif pembangunan pendidikan masyarakat India bagi membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam kalangan B40 sejak tahun 2013. Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM1.027 juta bagi pelaksanaan program ini pada tahun 2024 yang memberi manfaat kepada 3,426 orang pelajar. Seramai 334 orang pelajar yang bersekolah di sembilan (9) buah sekolah dalam daerah Hulu Selangor menerima bantuan ini pada tahun 2024. Jumlah peruntukan bagi Program ini untuk tahun 2022 – 2024 adalah seperti dalam Jadual 2 di Lampiran (tiada perincian mengikut daerah).

    • Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor – Bagi membaik pulih infrastruktur sekolah dan memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selamat dan kondusif di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) negeri Selangor, peruntukan yang tinggi disediakan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun di bawah program ini. Bagi tahun 2022 dan 2023, sebanyak RM5 juta/setahun telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dengan perincian peruntukan mengikut daerah adalah seperti dalam Jadual 3 di Lampiran. Manakala bagi tahun 2024, agihan sumbangan Program Bantuan Sekolah akan disalurkan secara berperingkat kepada semua SJKT yang terlibat setelah proses semakan dan penilaian permohonan selesai berdasarkan jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

    1. Program Bantuan Peralatan Usahawan India Selangor (ISEED) – Program ISEED ini diperkenalkan khusus bagi membantu usahawan kecil komuniti India memajukan perniagaan dan meningkatkan pendapatan menerusi pemberian bantuan berbentuk peralatan dan mesin bernilai sehingga RM10,000.00. Secara keseluruhan, bantuan dengan peruntukan melebihi RM1.05 juta telah diluluskan kepada 153 penerima di bawah program ini bagi tahun 2024. Perincian jumlah peruntukan bagi program ISEED mengikut daerah untuk tahun 2022 – 2024 adalah seperti dalam Jadual 4 di Lampiran.

    Untuk makluman Yang Berhormat Batang Kali, selain program yang diadakan khusus untuk masyarakat India sahaja seperti dinyatakan di atas, terdapat pelbagai lagi program di bawah Iltizam Selangor Penyayang yang membantu dalam pembangunan pendidikan dan taraf sosioekonomi semua rakyat di negeri ini termasuk komuniti India. Antaranya adalah Pusat Tuisyen Rakyat Selangor, Peduli Siswa, Iltizam Mahasiswa Selangor, Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS), Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU), Skim Hijrah Selangor, Geran Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) dan Program Bantuan Blueprint dan Pembasmian Kemiskinan Negeri.

    Keseluruhannya, Kerajaan Negeri membelanjakan sejumlah besar peruntukan bagi pembangunan pendidikan dan taraf sosioekonomi rakyat termasuk komuniti India di Selangor setiap tahun.

  2. Berapakah jumlah keseluruhan bajet yang digunakan oleh Kerajaan negeri untuk program-program yang melibatkan pengkhususan untuk Pembangunan kaum India di Selangor pada tahun 2022, 2023 dan 2024 mengikut daerah di Selangor?