Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

380) ILTIZAM SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terperinci jumlah pemohonan, jumlah yang menerima program Iltizam Selangor dan jumlah kuota yang disediakan mengikut semua program-program di bawah Iltizam Selangor pada tahun 2023 dan 2024?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat Batang Kali, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelbagai program kebajikan yang bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup serta memberikan nilai tambah untuk memberdayakan lagi rakyat di Selangor. Menerusi Iltizam Selangor Penyayang (ISP), program-program berkenaan telah dirangka bagi membentuk pembangunan sosioekonomi dan bantuan sosial kepada golongan yang memerlukan khusus dari kalangan golongan kurang berkemampuan dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

    Dalam memenuhi keperluan rakyat, beberapa program ISP telah menetapkan kuota tertentu di kawasan DUN yang bertujuan agar inisiatif yang disediakan ini dapat diberikan kepada golongan sasar yang tepat di antara kawasan yang mempunyai kadar bilangan pengundi atau kawasan yang mempunyai kadar keluasan yang tinggi.

    Walau bagaimanapun, tidak semua program ISP mempunyai atau menetapkan kuota tertentu bagi setiap program untuk memberi peluang kepada rakyat Selangor dari semua lapisan masyarakat bersama dapat menikmati manfaat dari program yang disediakan seperti program Saring Selangor, Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS), Bantuan Asas Yuran Universiti (BAYU) dan lain-lain.

    Jadual jumlah penerima bantuan dan jumlah kuota bagi program ISP tahun 2023 sehingga Oktober 2024 adalah seperti di LAMPIRAN A.