Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

378) PEKERJA WARGA ASING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah warga asing yang berada di Selangor mengikut daerah dan negara sumber (bangsa) pada tahun 2022, 2023 dan 2024?

    Pekerja Asing yang berdaftar dan memiliki Pas Lawatan Kerja  Sementara (PLKS) berdasarkan negara sumber (bangsa) bagi tahun 2022, 2023 dan 2024 adalah seperti berikut:-

     

    TAHUN 2022
    BIL WARGANEGARA JUMLAH
    1 BANGLADESH 150,923
    2 CAMBODIA 314
    3 CHINA   95
    4 INDIA   16,118
    5 INDONESIA 56,450
    6 LAOS   9
    7 MYANMAR 30,156
    8 NEPAL   62,964
    9 PAKISTAN 13,320
    10 PHILIPPINE 5,658
    11 SRI LANKA 721
    12 THAILAND 1,518
    13 UZBEKISTAN 8
    14 VIETNAM   2,030
      TOTAL   340,284
    Jadual 1 : Pemegang PLKS Bagi  Tahun 2022

     

     

    TAHUN 2023
    BIL WARGANEGARA JUMLAH
    1 BANGLADESH 278,029
    2 CAMBODIA 590
    3 CHINA   102
    4 INDIA   37,917
    5 INDONESIA 90,059
    6 LAOS   11
    7 MYANMAR 47,142
    8 NEPAL   106,796
    9 PAKISTAN 25,436
    10 PHILIPPINE 13,435
    11 SRI LANKA 2,039
    12 THAILAND 2,024
    13 UZBEKISTAN 4
    14 VIETNAM   2,973
    15 KAZAKHSTAN 1
    16 TURKMENISTAN 2
      TOTAL   606,560
    Jadual 2 : Pemegang PLKS bagi  tahun 2023

     

    TAHUN 2024
    BIL WARGANEGARA JUMLAH
    1 BANGLADESH 244,724
    2 CAMBODIA 695
    3 CHINA   65
    4 INDIA   30,716
    5 INDONESIA 92,764
    6 LAOS   15
    7 MYANMAR 45,129
    8 NEPAL   82,101
    9 PAKISTAN 19,108
    10 PHILIPPINE 11,779
    11 SRI LANKA 1,948
    12 THAILAND 1,703
    13 UZBEKISTAN 2
    14 VIETNAM   2,951
    15 KAZAKHSTAN 2
      TOTAL   533,702

    Jadual 3 : Pemegang PLKS bagi  tahun 2024

  2. Berapakah jumlah pekerja warga asing yang sah dan tidak sah yang berada di kawasan Hulu Selangor pada tahun 2023 dan 2024?

    Berdasarkan rekod Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor jumlah Pekerja Asing (PLKS) yang sah di kawasan Hulu Selangor bagi tahun 2023 dan 2024 adalah seramai 3,246 orang.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membendung lambakan kehadiran warga asing di Selangor?

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu lambakan warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasar aduan-aduan awam yang telah diterima bagi menangani isu lambakan warga asing ini.

    JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu lambakan warga asing terutama yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Lampiran

Tiada Lampiran.