Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
364) DASAR KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewujudkan satu dasar kesihatan
khusus untuk rakyat Selangor menjelang 2030?Penggubalan dasar kesihatan adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang telah ditetapkan pada Perlembagaan Malaysia Jadual Kesembilan. Walau bagaimanapun, hal ehwal kesihatan awam adalah di bawah Senarai Bersama pada Jadual tersebut. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan bagi membincangkan kesesuaian dan keperluan bagi mewujudkan dasar kesihatan khusus bagi Negeri Selangor menjelang tahun 2030.