Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
352) KEBENARAN MERANCANG SEKTOR PENTERNAKAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan kebenaran merancang untuk sektor penternakan yang diterima di DUN Permatang dalam tempoh lima tahun terakhir, dan berapa peratus daripadanya yang diluluskan?
Jumlah permohonan kebenaran merancang untuk sektor penternakan yang diterima di DUN Permatang dalam tempoh lima tahun, seperti berikut;
Tahun Jumlah Permohonan KM Sektor Penternakan DUN Permatang (a)
Jumlah yang Diluluskan
(b)
2023 7
3
2022 3
3
2021 2
2
2020 –
–
2019 1
1
JUMLAH 13
9
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai statistik mengenai aduan daripada pengusaha penternakan di DUN Permatang yang mendapati birokrasi kebenaran merancang sebagai penghalang dalam mendapatkan kebenaran merancang?
Tiada aduan berkenaan birokrasi dalam proses permohonan kebenaran merancang (KM) di MPKS.
-
Berapa banyak permohonan kebenaran merancang untuk aktiviti penternakan di DUN Permatang yang ditolak kerana isu berkaitan tanah, dan apakah penyelesaian yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri?
Hanya satu sahaja yang ditolak dalam permohonan kebenaran merancang yang melibatkan isu zon gunatanah RT MDKS 2025.