Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
350) BIROKRASI PENDAFTARAN TASKA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah statistik terkini mengenai jumlah pengusaha taska yang mendaftar berdaftar di Selangor dalam tempoh 2020 sehingga Julai 2024? Dan senaraikan berapa banyak permohonan yang berjaya serta yang ditolak mengikut DUN.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya memproses permohonan pendaftaran yang lengkap. Jika permohonan tidak lengkap, pihak JKM tidak akan memproses permohonan. Sehubungan itu, jumlah pengusaha taska yang berjaya mendaftar di Selangor mengikut kategori dan daerah sehingga Oktober 2024 adalah seperti berikut:
BIL. DAERAH/ KAWASAN KATEGORI TASKA JUMLAH INSTITUSI RUMAH KOMUNITI TEMPAT KERJA AWAM TEMPAT KERJA SWASTA 1 Petaling 96 8 1 2 3 110 2 Gombak 74 18 – 8 – 100 3 Hulu Langat 161 13 – 4 1 179 4 Klang 67 11 – 3 0 81 5 Subang Jaya 124 6 – 2 3 135 6 Shah Alam 124 10 – 6 3 143 7 Kuala Selangor 53 6 – – – 59 8 Sepang 79 3 – 9 1 92 9 Kuala Langat 35 5 1 2 – 43 10 Hulu Selangor 28 4 – 1 1 34 11 Sabak Bernam 4 – – – – 4 JUMLAH 845 84 2 37 12 980 -
Senaraikan prosedur untuk mendaftar taska dan tadika di dalam Selangor dan semua agensi yang terlibat.
Prosedur untuk mendaftar taska seperti senarai semak di bawah. Perincian Pendaftaran TASKA adalah seperti Garis Panduan yang dilampirkan.
BIL PERKARA 1. Borang Permohonan Pendaftaran TASKA 2. Sijil Pendaftaran Syarikat/Perniagaan (SSM)/ Pertubuhan (ROS) 3. Mengemukakan surat sokongan / kelulusan daripada agensi teknikal • Pihak Berkuasa Tempatan
• Jabatan Bomba dan Penyelamat
• Jabatan Kesihatan
4. Pelan ruang lantai dan pengiraan keluasan ruang dengan kanak-kanak (dalam meter persegi) 5. Jadual Aktiviti Harian Kanak-Kanak mengikut peringkat umur • Lahir hingga 1 tahun
• 1 tahun hingga 3 tahun
• 3 tahun hingga 4 tahun
6. Jadual Menu Harian Kanak-Kanak mengikut peringkat umur • Lahir hingga 1 tahun
• 1 tahun hingga 3 tahun
• 3 tahun hingga 4 tahun
7. Jadual Aktiviti Penglibatan Ibu Bapa 8. Senarai nama kanak-kanak (Nama, Umur, Jantina, No. My Kid) 9. Salinan Kad Pengenalan Pengusaha dan senarai pengurus, penyelia, pengasuh kanak-kanak dan kakitangan 10. Pelan Lokasi TASKA (termasuk koordinat GPS latitud dan longitud) 11. Dokumen sokongan lain seperti: • Salinan Sijil Lulus KAAK/Kursus Asuhan PERMATA
• Salinan Sijil Kehadiran Kursus Asuhan PERMATA
• Salinan pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang disyorkan oleh Jabatan Kesihatan
12. Fi pendaftaran (RM250 – TASKA Institusi, TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti/ RM50 – TASKA di Rumah) Tunai/ Wang Pos/ Bank Draf kepada “PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI ….” (Negeri di mana premis TASKA didaftarkan)
13. Peraturan TASKA 14. Bukti Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di TASKA (kecuali TASKA di Rumah) selaras dengan arahan Pekeliling KPKM Bil. 1/2015 -
Apakah garis masa purata untuk pendaftaran taska di Selangor, dan apakah usaha yang sedang dilakukan untuk mengurangkan masa yang diambil untuk meluluskan permohonan?
Garis masa yang ditetapkan bagi memproses permohonan pendaftaran TASKA ialah dalam tempoh 21 hari bekerja selepas dokumen permohonan pendaftaran lengkap diterima dan pihak JKM berusaha untuk memproses permohonan dalam garis masa yang ditetapkan.