Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

349) LESEN DAN PERMOHONAN PUSAT HIBURAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah lesen yang telah diluluskan untuk pusat hiburan di Selangor (senaraikan mengikut DUN) dalam tempoh lima tahun yang lepas? Apakah kadar kelulusan permohonan yang diterima?

    Data mengenai jumlah permohonan dan kelulusan lesen hiburan dari tahun 2020 hingga 2024 oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor  adalah seperti berikut:-

     

    Bil. ​PBT

    ​2020 – 2024

    JUMLAH PERMOHONAN JUMLAH

    KELULUSAN

    Peratusan Lulus (%)
    1.

    MBSA

    72 46

    64%

    2.

    MBPJ

    376 252

    67%

    3.

    MBSJ

    151 142

    94%

    4.

    MBDK

    183 183

    100%

    5.

    MPS

    42 41

    98

    6.

    MPKj

    56 55

    98%

    7.

    MPAJ

    94 94

    100%

    8.

    MPSp

    62 62

    100 %

    9.

    MPKL

    24 22

    92%

    10.

    MPKS

    37 30

    81%

    11.

    MPHS

    31 11

    35%

    12.

    MDSB

    36 36

    100%

     

    ​JUMLAH

     1164  974

     84%

  2. Apakah kriteria khusus yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri dalam menilai dan meluluskan permohonan lesen pusat hiburan? Adakah terdapat penekanan terhadap aspek keselamatan, sosial dan pematuhan undang undang?

    Kriteria khusus yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri dalam menilai dan meluluskan permohonan lesen pusat hiburan di dalam aspek keselamatan, sosial dan pematuhan undang-undang adalah seperti berikut:

     

    1. Keselamatan:

      Pemohon perlu mematuhi syarat keselamatan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan seperti pemasangan sistem pemadam api, laluan keluar kecemasan, dan keperluan keselamatan lain serta mendapat pengesahan mengenai perkara berikut di atas melalui ulasan dan sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan

      Semakan latar belakang pemohon akan dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia bagi memastikan tiada rekod jenayah atau rekod gangsterism.

     

    1. Sosial:

      Jarak premis hiburan dengan bangunan kerajaan atau rumah ibadah adalah pada jarak yang ditetapan oleh PBT bergantung kepada jenis premis hiburan yang dipohon; dan

      Kelulusan pemohonan juga bergantung kepada lokasi pusat hiburan tersebut dan impak kepada komuniti sekeliling. Ini bagi memastikan premis tidak menimbulkan kesan negatif kepada kawasan perumahan berdekatan serta mematuhi norma dan mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat dari segi moral dan budaya. Perkara ini ditetapkan melalui Rancangan Tempatan oleh setiap PBT.

     

    1. Pematuhan undang undang:

      Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pelanggaran peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa seperti Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995, Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996 dan Akta Duti Hiburan 1953.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan pusat hiburan di Selangor dalam mengimbangi permintaan industri hiburan, keperluan ekonomi dan kepentingan kesejahteraan sosial?

    Pada masa ini, Kerajaan Negeri Selangor meneruskan dasar sedia ada berhubung perkembangan pusat-pusat hiburan di Negeri Selangor. Semua permohonan pusat hiburan yang baharu diproses oleh PBT berdasarkan peruntukan undang-undang dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa. Pengeluaran lesen pusat hiburan juga adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995 serta Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1996.

    Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pembangunan Kerajaan Tempatan) PBT: Kt Bil 3/2001 dan Surat Pekeliling Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor 2008 telah menggariskan jenis-jenis hiburan yang dibenarkan dan penetapan zon pusat hiburan yang merangkumi kompleks perniagaan, pusat komersial dan hotel bertaraf tiga bintang ke atas untuk memudahkan pemantauan oleh PBT dan pihak polis.

    Dengan dasar dan kawalan ini, Kerajaan Negeri dapat memenuhi keperluan ekonomi dan permohonan daripada industri hiburan secara terkawal. Perkara ini adalah penting untuk melindungi kesejahteraan dan ketenteraman sosial masyarakat setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.