Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

348) SELANGOR MOBILITI DI LUAR BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan data terkini mengenai liputan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar di Selangor. Berapakah peratusan kawasan luar bandar yang tidak diliputi oleh rangkaian pengangkutan awam sedia ada?

    Untuk makluman, perkhidmatan bas percuma melalui operasi Bas Smart Selangor di kawasan luar bandar adalah seperti berikut:

    PBT Laluan Jumlah Bas Kawasan Luar Bandar
    MPS MPS1: Selayang Mutiara – Terminal Putra Gombak 4 Selayang
    MPS2A: Lotus Rawang – Hentian Bas Rawang Via Bukit Rawang 3 Rawang
    MPS3: Batu Arang – KTM Sungai Buloh – Hospital Sungai Buloh 2 Batu Arang
    MPS4: Wangsa Permai – Hentian Stadium Selayang 2 Wangsa Permai
    MPSP SPG1: Tanjung Sepat – Pekan Sungai Pelek – Pekan Sepang – KLIA – KLIA2 4 Tanjung Sepat, Pekan Sungai Pelek, Pekan Sepang
    SPG2: Taman Salak Perdana – Pusat Penjaja Taman Seroja – ERL Salak Tinggi – Kipmall Kota Warisan – KLIA – KLIA2 2 Taman Salak Perdana
    SPG3: Pekan Salak – Pusat Penjaja Taman Seroja – Jenderam – Pekan Dengkil – Terminal Bas Cyberjaya 2 Pekan Salak, Jenderam, Pekan Dengkil
    SPG4: Pusat Penjaja Taman Seroja – Jenderam – Sg. Merab – Hospital Serdang – Terminal Bas IOI City Mall Putrajaya 2 Jenderam, Sg. Merab
    MPKL BTG1: Bandar Banting – KLIA2 2 Bandar Banting
    BTG2: Bandar Banting – Taman Banting Baru 2 Taman Banting Baru
    MPKS KS01: Kuala Selangor – Tg. Karang – Sekinchan 2 Kuala Selangor, Tg. Karang, Sekinchan
    KS02: Bandar Puncak Alam (Lotus’s) – MRT Sg. Buloh 3 Bandar Puncak Alam
    MDSB SB01: Sabak Bernam – Sungai Besar – Sekinchan 2 Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan
    SB02: Sabak Bernam – Sg. Air Tawar – Parit Baru 1 Sg. Air Tawar, Parit Baru
    SB03: Kampung Merbau Berdarah – Sabak Bernam 1 Kampung Merbau Berdarah
    MPHS HS01: Kuala Kubu Bharu – Rasa – Bukit Sentosa 2 Kuala Kubu Bharu, Rasa, Bukit Sentosa
    HS02: Antara Gapi – KTM Batang Kali 1 Antara Gapi
    HS03: Terminal Bukit Sentosa – Kg Sungai Buaya 1 Kg Sungai Buaya
    HS04: Bukit Sentosa – Taman Bunga Raya 1 Taman Bunga Raya

     

    Berdasarkan statistik dari Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), terdapat usaha berterusan untuk memperbaiki akses pengangkutan awam di kawasan luar bandar. Namun, data terperinci mengenai peratusan kawasan yang belum diliputi oleh rangkaian pengangkutan awam tidak tersedia.

  2. Senaraikan data di kawasan DUN Permatang mengenai kawasan atau laluan spesifik di luar bandar yang paling kritikal dan memerlukan intervensi segera untuk perkhidmatan pengangkutan seperti Selangor Mobiliti.

    Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) komited untuk memperluaskan perkhidmatan Selangor Mobiliti sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh Negeri Selangor termasuk kawasan luar bandar seperti di Tanjong Karang, Permatang dan Bestari Jaya. Antara usaha yang akan diambil adalah mengadakan kerjasama antara Bas Smart Selangor dan syarikat bas komersil bagi menyelaraskan jadual kekerapan perjalanan dan laluan, serta melakukan penilaian berkala terhadap keperluan pengangkutan awam di kawasan luar bandar.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan Selangor Mobiliti dan memperuntukkan perkhidmatan ini untuk kegunaan murid sekolah di luar bandar?

    Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah dan sederhana, serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian. Namun, Kerajaan Negeri turut menyediakan perkhidmatan Bas Smart Selangor yang boleh digunakan oleh pelajar ke sekolah dimana bas tersebut turut melalui kawasan- kawasan persekolahan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kemudahan perkhidmatan Bas Smart Selangor boleh dinikmati pada ketika ini untuk semua golongan rakyat di Selangor termasuk murid sekolah.

Lampiran

Tiada Lampiran.